web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Akan Mencarinya Hingga Nafas Terakhir’, Isteri Wartawan Pakistan Rayu Bantuan PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 2:20PM

Syed Fawad Ali Shah - Gambar Twitter @SyedFawadAli303

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri kepada wartawan Pakistan, Syed Fawad Ali Shah dan tinggal dalam buangan di Malaysia yang dilaporkan hilang pada Ogos lalu, memohon campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk usaha pencarian suaminya.

Wanita dikenali sebagai Syeda itu, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan keperitannya mengalami keguguran selepas mengetahui kehilangan Syed Fawad, empat bulan lalu.

Syed Fawad yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sering melaporkan kes rasuah membabitkan pegawai Pakistan dan orang hilang serta meninggalkan negara asalnya, bagi mendapatkan suaka di Malaysia sejak tahun 2011 kerana bimbang dilayan dengan buruk.

Bercakap pada sidang media di sini selepas tiba dari Pakistan pada 19 Disember untuk mencari suaminya, Syeda merayu orang ramai menghulurkan apa sahaja bantuan, sambil melahirkan kebimbangan terhadap keselamatannya sendiri.

“Saya perlukan sokongan anda buat masa ini. Saya tidak tahu apa akan berlaku kepada saya selepas ini, cuma saya tahu saya akan berjuang untuk suami sehingga nafas terakhir saya.

“Saya merayu kepada rakyat Malaysia dan semua pertubuhan kemanusiaan untuk membantu dalam apa cara sekalipun.

“Saya sedang melalui fasa sangat kritikal dalam hidup saya. Saya meminta bantuan daripada Perdana Menteri (Anwar) untuk mencari suami saya. Saya sangat risaukan dia. Tolong bantu saya,” katanya hari ini – The Vibes, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar