web statsweb stats

Berita Terkini

46 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 47 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Sara Hidup: Semua Pihak Perlu Sinergi Bersama, Jangan Kerja Dalam Silo

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 7:00AM

Tanggungjawab menangani isu kos sara hidup tidak boleh hanya diletakkan di bahu kementerian tertentu semata-mata. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha menangani kenaikan kos sara hidup rakyat perlu digalas bersama oleh semua kementerian dan diperkasakan dengan penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan serta pemimpin industri.

Beberapa pemimpin NGO kepenggunaan berpendapat, tanggungjawab menangani isu berkenaan tidak boleh hanya diletakkan di bahu kementerian tertentu semata-mata.

Menurut mereka, dalam mencari titik penyelesaian yang efisien terhadap masalah kos sara hidup, kerajaan juga tidak lagi boleh bekerja secara silo, sebaliknya perlu terbuka terhadap penglibatan semua pihak.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman yakin sinergi antara kerajaan, NGO dan pihak industri berpotensi untuk menghasilkan tindakan bersepadu yang mampu menerbitkan satu penyelesaian efektif.

"(Semua pihak) Jangan antagonistik, ia mesti ada sinergi. Orang ini buat dalam silo, orang itu buat dalam silo, akhirnya tidak berjaya. Sebaliknya mesti terbuka.

"Sebab (usaha tangani kenaikan kos sara hidup) bukan sahaja melibatkan satu atau dua kementerian tetapi ia adalah bersepadu daripada semua pihak. Ini bermakna semua kementerian juga terlibat.

"Selepas itu ia mesti juga melibatkan pihak industri, iaitu pihak swasta. Mesti melibatkan golongan NGO kerana bagi saya, kerajaan itu adalah swasta, awam dan NGO," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Dr Ma'amor menjelaskan, semua kementerian saling terkait dalam isu kenaikan kos sara hidup justeru, ia memerlukan usaha bersama secara bersepadu.

Sebagai contoh katanya, peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diperlukan untuk menjamin bekalan pekerja yang mencukupi bagi meningkatkan pengeluaran.

Selain itu, Kementerian Kewangan juga berperanan penting dalam menyediakan sumber kewangan termasuk pinjaman mudah.

"Jadi dalam hal ini semua perlu berintegrasi dan tidak boleh kata hanya dua kementerian terlibat. Bagi saya tidak memadai. Ia perlu melibatkan semua pihak. 

"Pengguna juga kena faham bagaimana mereka bertindak. Kena ada langkah jangka pendek, sederhana dan panjang. Langkah jangka panjang mesti dimasukkan dalam kurikulum pendidikan supaya mereka aktif dengan kelab pengguna atau subjek Kemahiran Hidup.

"Perkara ini perlu dijadikan budaya kerana jika tidak sampai bila-bila pun kita hadapi masalah tanpa penyelesaian. Kita gali lubang, tutup lubang," tambahnya.

Tegas Dr Maamor, kerajaan perlu memikir secara komprehensif, inklusif dan mencari penyelesaian yang paling efektif.

"Kita tidak boleh menuding jari kepada pihak industri kerana mereka juga ada kekangannya. Contohnya, bagaimana hendak membuat kerja jika pekerja asing belum dibenarkan masuk? Tidak selesai-selesai lagi masalah ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mencadangkan penubuhan satu pasukan petugas khas (task force) atau suruhanjaya khas yang menggabungkan pelbagai pihak berkaitan kepenggunaan, bagi memberi fokus terhadap penyelesaian terbaik untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Beliau menegaskan, pasukan tersebut perlu memiliki keupayaan intelektual untuk berbuat demikian.

"Perdana Menteri mesti membawa masuk muka baharu untuk mengatasi masalah ini, namun mereka yang terlibat perlu berpengalaman, ada hubungan dengan media, penternak, nelayan, petani dan pemimpin industri.

"Perlu individu yang mereka hormat, seorang yang ada pengalaman dalam dunia kepenggunaan. Jika tiada rekod perkhidmatan pun tidak guna. Mereka tiada latar belakang semua. Kita mesti ada semangat kepenggunaan," katanya.

Dalam suasana ketika ini, beliau berkata, Malaysia perlu memiliki pelan jangka panjang yang komprehensif.

“Ia penting agar boleh dijadikan rujukan untuk gerak kerja pasukan petugas khas, jika ia akan ditubuhkan kelak,” katanya. - Getaran, 29 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mohd Na'im Perjelas Isu B40, M40 Bayar Kos Penuh Haji

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kos Rawat Kecederaan Paru-Paru Akibat Vape Cecah RM150,000

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Cadangan Pendekkan Tempoh Kerjakan Haji Tidak Mampu Kurangkan Kos

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Mengaku Mengemis Untuk Sara Isteri Sakit, Demi Sesuap Nasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad