web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Mengaku Mengemis Untuk Sara Isteri Sakit, Demi Sesuap Nasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 12:47PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Selain untuk mencari wang bagi menyara isteri sakit dan berada di Thailand, tujuan saya datang ke sini kerana memerlukan duit nak makan,” kata seorang pengemis warga asing ketika ditemui media pada Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan, di Kota Bharu, Kelantan semalam.

Lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal yang kudung kaki kiri dari paras paha akibat kencing manis dan saraf itu berkata, dia terpaksa menebalkan muka dan mengemis disebabkan tidak mampu melakukan pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan.

Katanya, dia datang pada Jumaat lalu dengan menaiki feri dan kereta sewa dari Pengkalan Kubor, Tumpat ke Kota Bharu serta mendakwa menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu.

Pengemis berusia 49 tahun itu berkata, dia menyedari kehadiran pihak berkuasa ketika sedang mengemis, namun tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa diangkat ke dalam trak bersama pengemis lain.

Menurutnya, hasil daripada mengemis itu di kaki lima bank, dia mampu memperoleh di antara RM50 hingga RM100 dalam tiga jam.

“Saya tidak mempunyai pilihan lain kerana untuk menampung kehidupan saya dan isteri, saya terpaksa mengemis di jalanan dengan mengharapkan simpati orang ramai.

“Tambahan pula sekarang ini adalah Ramadan, pengunjung yang simpati dengan keadaan saya akan menghulurkan sumbangan dan saya hanya duduk menadah tangan,” katanya seperti dilaporkan BH.

Operasi itu membabitkan pegawai dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dilancarkan bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Seramai 14 pengemis dan gelandangan, termasuk lapan warga asing dicekup ketika mengemis di kawasan kaki lima di sekitar pusat bandar Kota Bharu.

Sementara itu, seorang lagi pengemis rakyat tempatan yang berusia dalam lingkungan 50-an berkata, dia terpaksa mengemis dengan menjual kerepek di kaki lima bank disebabkan suaminya yang menghidap penyakit jantung kronik, tidak dapat bekerja.

Jelasnya, dia juga perlu menyara seorang anak saudaranya yang masih bersekolah.

Malah, katanya, dia tidak mempunyai pilihan lain dan perlu mengemis demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Desakan hidup menyebabkan saya terpaksa mencari rezeki seperti ini walaupun mengetahui ia salah di sisi undang-undang,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar