web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 9:48PM

OKU fizikal, Siti Zulaikha Abd Muin menunjukkan produk dihasilkannya - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Butik TAPAi, di Wakaf Tapai di sini membuka peluang kepada tujuh pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mengasah bakat mereka dalam menghasilkan produk batik.

Ketika lawatan Bernama ke butik itu baru-baru ini, dengan bimbingan lima guru daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Wakaf Tapai dan dua guru khas yang menjayakan Projek Pemerkasaan Ekonomi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk OKU, kelihatan seorang pekerja lelaki dan enam pekerja OKU wanita berumur 20 hingga 41 tahun tekun menghasilkan tempahan pelanggan.

Menurut pengurus TAPAi Wan Nur Akmal Wan Ibrahim, butik tersebut diusahakannya bermula pada 2017 setelah menerima geran sekali beri sebanyak RM18,000 daripada JKM bagi memperhebatkan lagi Projek Pemerkasaan Ekonomi khususnya kerja jahitan.

"Bermodalkan peruntukan itu, kami mula membeli mesin jahit dan bahan mentah seperti batik untuk menghasilkan kraftangan pembuatan beg batik. Ketika itu TAPAi beroperasi dengan lima orang pekerja OKU kategori masalah pembelajaran, pekak, bisu dan fizikal. Sekarang ini ada juga pekerja Sindrom Down dan autism.

"Kini, kami ada tujuh pekerja yang bekerja secara harian, dengan lima daripadanya ialah pelatih dari PPDK Wakaf Tapai, seorang OKU mental dan seorang daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari sebuah sekolah berhampiran," katanya kepada Bernama.

Wan Nur Akmal berkata kesemua pekerjanya termasuk pekerja berjadual dan lima orang pekerja lepasan TAPAi yang kini bekerja dari rumah, menunjukkan perkembangan positif dari segi kemahiran bekerja dan sosial serta mampu menjana pendapatan sendiri.

Katanya, pada peringkat permulaan mereka hanya mampu menyiapkan sebuah kotak pensil sehari, namun berbekalkan latihan yang berterusan, kini ada antara pekerja berjaya menghasilkan 30 beg batik sehari.

"Mereka juga sudah berani untuk bercakap dengan orang luar. Ada juga yang boleh buat live' di aplikasi TikTok peribadi sewaktu bekerja dengan menjual produk TAPAi dan pastinya ada penonton yang membeli," katanya.

Berkongsi kejayaan TAPAi, beliau berkata produk mereka pernah mencipta jualan di Global Village di Dubai selama enam bulan pada 2022 hasil inisiatif kerajaan selain duta-duta besar luar negara di Malaysia yang datang ke butik membeli produk batik untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Siti Zulaikha Abd Muin, 33, yang dilahirkan dengan kecacatan fizikal berkata pengalaman bekerja di butik itu sejak 2017 membantunya untuk lebih percayakan diri sendiri.

Menurutnya, beliau memulakan kerjayanya di TAPAi tanpa sebarang kemahiran menjahit tetapi atas sokongan guru-guru serta keluarga beliau berjaya menghasilkan banyak beg.

Sementara itu, Nurul Syakirah Ahmad Jais, 23, yang dilahirkan kerdil mula berkhidmat di TAPAi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2019, kini mahir menyiapkan pelbagai jenis beg antaranya beg tangan, beg kantung mini, beg ketupat dan beg duit syiling.

"Saya bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri pada masa depan," ujar gadis itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kedai Motosikal Terbakar, Lelaki OKU Maut Terperangkap

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang