web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Sekeluarga Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh OKU Intelektual - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 8:03AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh individu daripada satu keluarga ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) intelektual di sebuah rumah di Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.

Mereka terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 25 hingga 79 tahun berasal dari Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A Anbalagan berkata, pihaknya menerima pemakluman kes itu pada 12.12 tengah hari daripada seorang wanita yang memberitahu bahawa adik perempuannya, 20, telah meninggal dunia di rumah berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang memegang kad OKU, telah memarahi serta mencubit dua ahli keluarga itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Susulan itu, mangsa telah dipukul dengan kayu panjang dan diseterika secara berulang kali sehingga mengalami kecederaan.

Anbalagan berkata, mangsa dijaga oleh keluarga berkenaan dan bedah siasat dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi mengetahui punca kematian.

Beliau berkata, empat suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi yang berusia 25 hingga 79 tahun diberi jaminan polis.

"Polis menyarankan kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini supaya tampil atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Rosnani di talian 018-277 1866," menurutnya dalam kenyataan malam tadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad