Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mohd Na'im Perjelas Isu B40, M40 Bayar Kos Penuh Haji

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 12:21PM

Bayaran haji untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM10,980 seorang, manakala RM15,980 seorang bagi M40 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih ke Tanah Suci selepas membuat rayuan perlu membayar kos haji penuh berjumlah RM30,850 seorang kerana mereka tidak berada dalam giliran menunaikan haji tahun semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata keutamaan menunaikan ibadat haji bagi tahun ini diberikan kepada mereka yang tersenarai melaksanakannya pada 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.

"Apabila ada kekosongan, kita buka giliran kepada mereka yang berada di luar giliran. Giliran mereka ini mungkin pada 2025, 2026 atau 2027 dan layak menerima bantuan kewangan haji pada tahun-tahun itu.

"Tetapi apabila mereka ini membuat rayuan dan berjaya, polisi rayuan ini ialah mereka yang ada kemampuan atau istito'ah (membayar jumlah penuh)," katanya ketika sesi ramah mesra bersama jemaah haji di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Janadriyah di sini.

Beliau menjawab soalan diajukan seorang jemaah haji wanita bertanyakan mengapa jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih menunaikan haji selepas membuat rayuan perlu menanggung kos haji seperti golongan T20.

Bayaran haji untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM10,980 seorang, manakala RM15,980 seorang bagi M40.

Dalam sidang media selepas itu, Mohd Na'im menjelaskan terdapat 60,000 pendeposit TH yang sedang menunggu giliran dan sanggup membayar jumlah penuh berkenaan, namun tidak terpilih.

"Bayangkan kalau mereka yang merayu ini potong giliran, dapat pula bantuan kewangan, sedangkan ada yang lain berkemampuan dan bersetuju untuk membayar RM30,850 tetapi tidak berjaya dalam rayuan," katanya. 

Selain itu, beliau berkata terdapat 69 jemaah haji B40 dan M40 yang menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini menolak bantuan kewangan haji dengan membayar kos penuh kerana mengetahui bahawa istito'ah sebagai asas kewajipan haji.

Sementara itu, Mohd Na'im berkata kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah dengan penerbangan terakhir membawa 357 bakal haji tiba di Jeddah pada malam tadi.

Beliau turut memaklumkan terdapat 56 jemaah haji dirawat di wad pusat rawatan TH dan lima di fasiliti kesihatan Arab Saudi.

Dalam pada itu, seorang jemaah haji wanita berusia 75 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 19 Jun lepas, menjadikan dua jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Agong Zahir Penghargaan Kepada Arab Saudi Berjaya Urus 2 Juta Jemaah Haji

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Agong Prihatin Isu Ruang Sempit, Sesak Di Mina

4

Semasa 10 bulan yang lalu

2 Lagi Jemaah Haji Negara Meninggal Dunia

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Semasa 9 jam yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown