web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Rawat Kecederaan Paru-Paru Akibat Vape Cecah RM150,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 9:14AM

Dr Zaliha Mustafa berkata, sebanyak 18 kes EVALI dan 20 kes lain berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape dilaporkan kepada KKM sejak 2022 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menganggarkan kos rawatan penyakit kecederaan paru-paru atau E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) mencecah RM150,000 bagi tempoh 12 hari kemasukan ke wad.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, sebanyak 18 kes EVALI dan 20 kes lain berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape dilaporkan kepada KKM sejak 2022.

Justeru, katanya,  KKM bercadang meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok demi kesihatan awam.

“Melalui RUU tersebut, kawalan menyeluruh terhadap produk rokok elektronik atau vape akan dapat dilaksanakan termasuk larangan terhadap produk dan pembungkusan yang menyerupai permainan kanak-kanak.

“Kawalan terhadap perisa yang boleh menarik perhatian kanak-kanak dan remaja menggunakan produk ini juga boleh dilaksanakan melalui RUU ini,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu).

Chai Yew meminta Menteri Kesihatan menyatakan bagaimana untuk memastikan keselamatan vape selain kesan baik dan buruk produk tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, kawalan bagi peranti rokok elektronik atau vape adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Rokok Elektronik) 2022 bagi memastikan setiap peranti mematuhi Standard Malaysia MS 2716 untuk menjamin keselamatan peranti tersebut.

Katanya, bagi keselamatan cecair rokok elektronik, tiada sebarang standard ditetapkan KMM disebabkan tiada had yang selamat untuk bahan-bahan kimia yang terkandung
di dalam cecair produk tersebut.

“Penggunaan rokok elektronik atau vape sungguh pun pada awalnya ia dicipta sebagai alternatif yang dikatakan lebih selamat daripada rokok tembakau, namun kajian saintifik terkini membuktikan bahawa rokok alaf baharu termasuk vape tetap berbahaya.

“Pelbagai kajian saintifik yang dilaksanakan menemui banyak kesan buruk akibat penggunaan rokok elektronik atau vape terhadap kesihatan,” katanya. - Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad