web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kluster Pendidikan Meningkat, Ibu Bapa, Guru Semakin Bimbang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 2:27PM

Gambar sekadar hiasan - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan yang membenarkan sesi persekolahan dibuka secara berperingkat sebelum ini bukan sahaja melahirkan rasa seronok di kalangan pelajar, malah turut mengujakan ibu bapa dan guru.

Keputusan itu bagaimanapun kini mula menimbulkan keresahan ramai, apabila kes COVID-19 membabitkan institusi pendidikan itu, termasuk di kalangan murid dan guru semakin meningkat.

Kes meliputi Kluster Pendidikan ini semakin kerap direkodkan, malah terdapat sekolah yang diarahkan tutup, sekali gus menimbulkan persoalan, masihkah premis itu dianggap selamat buat pelajar.

“Di awal kerajaan mengumumkan persekolahan boleh diteruskan seperti biasa, saya sudah mula ada perasaan takut dan ragu-ragu.”

Ibu seorang pelajar sekolah kebangsaan (SK) di Kajang, Masyitah Abd Razak, 38, berkata, dia amat risau dengan peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi, menyebabkan dia bertindak tidak menghantar anak ke sekolah buat sementara waktu.

“Pada awal lagi sewaktu kerajaan umumkan anak-anak sudah boleh meneruskan persekolahan seperti biasa, saya sudah mula ada perasaan takut dan ragu-ragu.

“Saya juga tertanya-tanya, mampukah di sekolah nanti, semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipatuhi?,” katanya kepada Getaran.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi penjaga yang hanya mahu dikenali sebagai Azam, 42, bapa kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Johor Baharu berkata, dia sering menyaksikan bagaimana ibu bapa berkerumun ketika menunggu kepulangan masing-masing, tanpa sedikit pun menghiraukan peraturan penjarakan fizikal.

“Penjaga suka bersesak-sesak setiap kali menghantar anak mereka ke sekolah.”

“Meskipun mereka dilihat memakai pelitup muka, kesesakan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penjaga. Kejadian itu berlaku setiap kali saya mengambil anak saya pulang.

“Itu belum dikira situasi yang berlaku di kawasan lain juga. Difahamkan ia turut berlaku di beberapa sekolah lain di seluruh negara,” katanya, bimbang.

Seorang guru, Azilah Mohd Bashah, 39, pula berkata, kesesakan sememangnya sering berlaku disebabkan tindakan ibu bapa dan penjaga yang mahu menanti anak masing-masing di luar pagar utama sekolah.

“Saya sering melihat, ada juga penjaga yang suka bersesak-sesak setiap kali menghantar anak mereka ke sekolah, khususnya ibu bapa atau penjaga murid tahun satu, kononnya risau anak masing-masing menangis.

“Bila penjaga mula duduk di kawasan luar sekolah, menyebabkan kawasan luar sekolah mula sesak. Itu belum lagi, ketika giliran balik sekolah, apabila van mula beratur. Ada juga kejadian penjaga yang membawa kereta masuk ke dalam perkarangan sekolah,” katanya, jelas terkilan dengan situasi itu.

“Masalahnya, masih ada penjaga yang mementingkan diri dengan tetap menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya dilanda demam atau selsema.”

Situasi itu jelasnya, amat menakutkan apabila melihat golongan berkenaan langsung tidak menghiraukan penjarakan fizikal antara satu sama lain, apabila berdiri begitu rapat di pagar, untuk ‘mengintai’ anak masing-masing.

“Saya takut jika sekolah tempat bertugas ini mencatatkan kes COVID-19. Baru-baru ini kami warga pendidik juga diberikan amaran akan dikenakan kompaun jika sekolah masing-masing merekodkan jangkitan, apatah lagi sekiranya ia terbukti ia berlaku akibat perlanggaran SOP.

“Masalahnya, masih ada penjaga yang mementingkan diri dengan tetap menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya dilanda demam atau selsema, dan akhirnya sekolah juga yang dipersalahkan,” katanya.

Perbuatan itu jelas Azilah lagi, diibaratkan seperti membaling batu sembunyi tangan dan adalah tidak adil untuk menyalahkan warga pendidikan apabila kecuaian sebenar berpunca daripada ibu bapa atau penjaga.

Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 20 April lalu mengesan 39 kluster, dengan 1,420 daripadanya melibatkan sekolah atau institusi lain di bawah Kementerian Pendidikan.

Menurut infografik KKM, kluster pendidikan merekodkan peningkatan sekali ganda, kepada 12 kes dalam tempoh tujuh hari, minggu lalu.

Susulan itu, beberapa negeri mengambil pendekatan menutup sekolah sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 di kalangan pelajar dan warga pendidik.

Wajarkah kerajaan mengambil keputusan untuk menutup semua institusi persekolahan bagi mengekang jangkitan virus berasal dari Wuhan, China ini?

Atau apakah langkah dan inisiatif yang wajar dilakukan bagi memastikan virus COVID-19 melibatkan institusi pendidik tidak terus merebak menjadi barah?

Apa sahaja keputusan yang diputuskan kementerian atau kerajaan nanti, ia diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan buat semua yang terlibat. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad