web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar MMU Juara Pertandingan Pengucapan Awam ESUM-Taylor's College

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 8:59AM

Juara, Pavit Coran berucap ketika Pertandingan Pengucapan Awam English Speaking Union Malaysia (ESUM)-Taylor's College semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pelajar Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Pavit Coran menjuarai Pertandingan Pengucapan Awam English Speaking Union Malaysia (ESUM)-Taylor's College semalam.

Pavit menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 daripada Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay bagi ucapan empat minitnya mengenai kesedaran kesihatan mental pada pertandingan yang berlangsung di Kampus Lakeside Taylor's College di sini.

Pengerusi ESUM Tan Sri Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar berkata pemenang akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Pengucapan Awam Antarabangsa ESU (IPSC) yang akan diadakan secara maya dari London pada 10 hingga 14 Mei ini.

Tunku Dara Naquiah, yang juga ketua hakim pertandingan itu, turut memuji penguasaan Bahasa Inggeris peserta dan menggalakkan mereka untuk lebih mendalami bahasa tersebut serta memaklumkan bahawa ESUM sedang melaksanakan lebih banyak projek bagi mempromosi penggunaan Bahasa Inggeris.

Pengarah Kampus Taylor's College Josephine Tan pula berkata pengucapan awam bukan sekadar kemahiran berkomunikasi tetapi juga memfokus kepada keyakinan penutur untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai topik tertentu sehingga sampai kepada khalayak.

“Anda mungkin tidak memenangi pertandingan tetapi jika anda tahu cara untuk menjawab sesuatu pertanyaan dengan baik, maka itu sudah menjadikan anda sebagai pemenang,” katanya kepada Bernama.

Turut hadir Naib Pengerusi ESUM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Ahli Majlis ESUM Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk John Louis O'Hara serta wakil British Council Malaysia Kate Chodzo. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Hon Jian-Haikal Ungguli Orleans Masters 2024

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Hasrat, Ciptaan Dan Dendangan Amir Jahari Dinobat Juara AJL38

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad