web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu Hasrat, Ciptaan Dan Dendangan Amir Jahari Dinobat Juara AJL38

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari akui terkejut, malah berasa janggal selepas lagu ciptaan serta nyanyiannya iaitu Hasrat diumumkan sebagai juara 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 8:28AM

Amir Jahari ketika mempersembahkan lagu Hasrat di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38 di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi. gambar Media Prima

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam tadi, telah menyaksikan lagu Hasrat nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amir Jahari  dinobatkan sebagai juara menewaskan 11 lagi lagu yang bertanding. 

Sebagai juara Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi.

Naib juara pula menjadi milik lagu Sutera nyanyi Aisha Retno, ciptaannya bersama komposer MFMF. Aisha turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik. 

Lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan Aina Abdul pula meraih tempat ketiga. Aina turut membawa pulang anugerah Vokal Terbaik serta Penyanyi Pilihan Alha Alfa. 

Aisha Retno
Aisha Retno

Menurut ketua juri iaitu Datuk Mokhzani, lagu Hasrat diangkat sebagai juara kerana garapan lirik dan lagunya terbaik. 

"Bukan bermakna lagu-lagu lain tidak bagus. Tetapi lagu Hasrat membuatkan anda terngiang-ngiang selepas mendengarnnya. 

"Lagunya sangat senang dinyanyikan, 'catchy' tetapi berada dalam kedudukan terbaik dari segi garapan melodi dan liriknya. 

"Ditambah pula dengan iringan pemuzik orkestra malam ini. Semua juri bersepakat untuk mengangkat lagu ini di tempat yang paling teratas," katanya sewaktu sidang media. 

Tambah Mokhzani lagi, markah lagu Hasrat tidak jauh beza dengan lagu Sutera yang mendapat tempat kedua. 

Sementara itu, menurut Amir Jahari, dia tidak menyangka akan bergelar juara kerana selama dia menjadi penyanyi dan menyertai pertandingan, dia tidak pernah menang.

"Sejujurnya saya sangat terkejut dan berasa sedikit pelik dengan kemenangan ini kerana saya tidak pernah menang mana-mana pertandingan yang saya sertai selama ini. 

"Ini kali kedua saya sertai AJL selepas 11 tahun. Kali pertama menerusi lagu Tanpamu. 

"Kemenangan ini saya ibaratkan sebagai satu magis untuk diri saya sendiri," katanya. 

Aina Abdul
Aina Abdul

Ditanya apakah yang mahu dilakukan dengan wang kemenangannya, kata Amir dia mahu menghasilkan album ketiganya. 

"Sebenarnya saya dah lama rancang untuk keluarkan single baru. Tetapi tiba-tiba saya dapat masuk separuh akhir Muzik Muzik. Kemudian layak ke AJL pula. 

"Saya akan keluarkan single baru lepas AJL ini dan akan keluarkan album ketiga saya pada tahun ini juga," kongsinya.

Berkongsi mengenai konsep persembahannya yang berjaya menyentuh hati ramai penonton, kata Amir dia mendedikasikan persembahannya buat rakyat Palestin yang sedang berjuang dalam peperangan. 

"Saya dapat rasakan derita mereka di sana. Bagi saya lagu Hasrat ini adalah suara mereka yang dunia cuba untuk tidak mendengar. Isu ini sangat penting untuk saya bawakan. Ini adalah solidariti untuk rakyat Palestin. 

"Kemunculan Beto dan Diana Danielle di penghujung persembahan pula adalah cetusan idea Beto sendiri dan pengarah filem Imaginur iaitu Nik Amir Mustapha. 

"Beto hubungi saya minggu lalu tanya sama ada saya ingin tampilkan beliau di dalam persembahan saya. Kemudian Nik Amir pula tanya sama ada saya mahu membawa Diana Danielle bersama," ujarnya. 

Sherry Al Hadad dan Alif Satar
Sherry Al Hadad dan Alif Satar

Kesemua 12 finalis telah diadili oleh sembilan juri profesional termasuklah Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis dan Adlin Aman Ramli.  

Antara lagu-lagu lain yang turut bertanding adalah Darah (Marsha Milan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Kalam (Shiha Zikir), Santai (Naqiu), Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali), Astana (Ernie Zakri ) dan Inilah Jalannya (Masdo).

AJL38 telah disiarkan secara langsung di TV3 dan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar. - 4 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Hon Jian-Haikal Ungguli Orleans Masters 2024

3

Muzik 2 tahun yang lalu

FMC Music Sahkan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri Dari Pentas AJL38

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN