Berita Terkini

7 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sebuah Norma Baharu Untuk Planet Yang Lebih Sihat

Sempena dengan Hari Bumi sedunia kami kongsikan petikan yang merupakan pendapat bersama Penasihat Khas kepada Perdana Menteri berkenaan Kesihatan Awam Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood dan Pengarah Eksekutif serta Ketua Pegawai Operasi WWF-Malaysia Cik Sophia Lim.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 5:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kesibukan dunia cuba kembali ‘normal’ gara-gara wabak COVID-19, kita harus sedar bahawa kita belum lagi bebas sepenuhnya. Kita belum boleh kembali ke cara lama seperti dahulu kerana kita sudah lihat dan alami bahawa jika kembali seperti dulu kita akan menjejaskan kesejahteraan planet ini.

Sehingga kini 141 juta kes telah direkod gara-gara wabak ini dan ia telah menyebabkan kesengsaraan manusia sejagat, menggoncang ekonomi dunia dan menggangu stabiliti masyarakat. Sungguhpun jangkitan pandemik ini sama sekali tidak dijangka, COVID-19 merupakan wabak yang menyusuli penyakit terdahulu dalam dekad-dekad terdekat yang lalu seperti Ebola, AIDS, SARS, influenza burung serta khinzir.

Ketara sekali ada kaitan impak kemanusiaan pada ekosistem dan kepelbagaian hayat serta penularan penyakit. Sungguhpun sebahagian besar kaitan-kaitan ini belum dapat difahami dengan penuh, jelas juga bahawa kesihatan kita dan kesihatan planet ini saling berkait. Perubahan cuaca dan kehilangan kepelbagaian hayat merupakan petanda penting berkenaan kesihatan planet ini. Apa yang dapat kita rumuskan dari pandemik ini adalah ekosistem semulajadi yang sihat adalah penting untuk kesihatan manusia.

Lantas, ia adalah sangat penting untuk perlindungan alam sekitar, pengurusan pemuliharaan serta kelestarian diseragamkan pada semua peringkat. Kegiatan yang tidak melestarikan membawa kepada kerugian yang tidak dapat dihalang secara kewangan dan bukan kewangan.

Semua ini berkait rapat dengan perubahan cuaca, di mana isu seperti kebantutan ekonomi yang tidak terkawal, perubahan dalam penggunaan tanah dan pengurusan pertanian yang lemah mungkin telah membawa kepada banyak impak negatif pada ekosistem dunia.

Bencana alam yang berkait dengan perubahan cuaca menyebabkan kerugian jutaan dollar dan memberi kesan kepada kebolehan kita untuk menghasilkan makanan yang cukup di masa hadapan yang secara tidak langsung akan menyebabkan pelbagai isu sosial serta ekonomi.

Krisis COVID-19 menunjukkan bahawa perubahan sistematik perlu untuk menggesa para penggerak pandemik alam sekitar melakukan sesuatu. WWF yang menyokong pendekatan ‘One Health’ mendukung kesihatan insan, haiwan dan juga alam sekitar yang kita kongsi serta panggilan untuk turut sama menyertai dalam pembuatan keputusan berkenaan hidupan liar dan perubahan penggunaan tanah. Baru-baru ini kerajaan juga telah membuat komitmen untuk mengutamakan ‘kesihatan planet’ dalam perlaksanaan tindakan cuaca serta mengiktiraf pelan pemulihan hijau yang lebih baik.

Inilah sebabnya mengapa langkah-langkah yang diambil oleh mana-mana pihak berkenaan kelestarian dan pembangunan harus digalakkan dan diberi pujian. Salah satu langkah yang dimaksudkan adalah buku panduan Program Vaksinasi Hijau (GVP) oleh kerajaan Malaysia, yang memperincikan prosedur pengurusan sisa klinikal serta kegiatan kelestarian sepanjang program imunisasi COVID-19. Salah satu penekanan GVP adalah keinginan kerajaan untuk mengimbangi pengeluaran karbon yang berkaitan dengan pengeluaran vaksin yang juga merupakan langkah tepat.

Kita berada di satu detik unik dalam sejarah kemanusiaan. Impak aktiviti kita terhadap hidupan liar, cuaca, sungai, hutan dan lautan adalah sangat dalam dan merupakan akibat kepada manusia sejagat. Hasil daripada pengubahan kawasan tanah luas kepada makanan, urbanisasi, infrastruktur dan keperluan industri untuk memenuhi permintaan populasi yang bertambah, habitat semulajadi kita juga sedang kian merosot.

Walau bagaimanapun harapan masih ada. Kita adalah generasi pertama yang memahami sepenuhnya impak aktiviti kita hang merisaukan ini ke atas Bumi dan kita jugalah generasi terakhir yang mampu melakukan sesuatu untuk mengubahnya. Lebih penting lagi, kita kini sedar akan keperluan untuk membaikpulih keseimbangan di antara menjaga alam sekitar dan peningkatan ekonomi, dengan mengekalkan serta mempromosi kelestarian penggunaan sumber. Kita semua ada peranan dalam menghormati dan menjaga alam sekitar kita, dan bukan hanya menjaga apa yang ada hari ini, tetapi untuk mengekalkannya buat generasi masa hadapan.

Pada penghujungnya, ekonomi serta kesejahteraan kita bergantung kepada perkhidmatan dari alam sekitar yang jarang diiktiraf termasuk penyediaan air bersih, udara serta perlindungan daripada cuaca buruk. Kita bakal kehilangan semua perkhidmatan ini andai kita tidak melindungi alam semulajadi kita.

Dalam kita menyambut Hari Bumi hari ini, tema “Restore Our Earth” (Pulihkan Bumi Kita) harus didengari oleh semua  - individu, masyarakat, kerajaan serta badan korporat. Ia memerlukan usaha kesemua pihak. Untuk menjamin kesihatan planet secara menyeluruh para pemimpin mesti mengambil tindakan tegas untuk mengubah perhubungan kita dengan alam semulajadi.

Kita perlukan perjanjian yang baru dengan alam sekitar serta manusia sejagat yang akan membantu alam pulih sebelum 2030 dan menjaga kesihatan manusia serta kehidupan semua dalam jangka pendek mahupun jangka Panjang. Bersama, kita mampu menghindari kedatangan malapetaka perubahan cuaca, kehilangan alam semulajadi dan kemusnahan alam sekitar.

Pandemik COVID-19 seolah-olah sebuah raptai untuk cabaran masa depan yang mungkin kita hadapi khasnya perubahan cuaca yang tiada penawar atau vaksin yang mampu dihasilkan. Perlaksanaan Majlis Tindakan Perubahan Cuaca di Malaysia adalah satu langkah positif dalam memastikan komitmen serta polisi untuk menjadi neutral karbon. Pembangunan hijau harus menjadi sebahagian daripada norma baharu.

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri berkenaan Kesihatan Awam

dan

Cik Sophia Lim

Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Operasi WWF-Malaysia – Getaran 22 April 2021.

Berita Berkaitan

1

TARA 6 bulan yang lalu

5 Cara Untuk Kenali Tumbuhan Yang Selamat Dimakan Dalam Hutan

2

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Kebakaran Hutan Di Sepanyol Semakin Marak, Sukar Dikawal

3

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Angka Kematian Kebakaran Hutan Di Maui, Hawaii Mencecah 110 Mangsa

4

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jerman Luluskan Pencen Untuk Individu Alami Long Covid

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Sukan 9 jam yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris