Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Cara Untuk Kenali Tumbuhan Yang Selamat Dimakan Dalam Hutan

Berdasarkan pengalaman penulis, ini lima langkah untuk mengenali tumbuhan yang boleh dimakan

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 12:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia berminat menerokai hutan dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Ketenangan dan kepuasan yang dialami susah untuk digambarkan jika anda tidak meraiknya sendiri. Antara aktiviti hutan yang popular ialah mendaki gunung, berkhemah dan beberapa lain. 

Namun dalam keseronokan, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan pelbagai kemungkinan. Di Malaysia, terdapat banyak kes kehilangan atau Kumpulan pendaki yang sesat di dalam hutan. Jadi jika situasi ini berlaku dan dalam masa sama bekalan makanan anda telah habis, apakah yang patut anda makan untuk terus bertahan sehingga bantuan dari pasukan penyelamat tiba? 

Ketahuilah bahawa hutan memiliki pelbagai sumber makanan yang boleh dimakan terutamanya daun atau buah. Anda cuma perlu mengenal pasti adakah ia selamat atau boleh memudaratkan diri. Hari ini berdasarkan pengalaman sebenar, penulis berkongsi lima langkah untuk mengenali tumbuhan yang boleh dimakan.

Hidu 

Di dalam situasi sesat di dalam hutan, pastikan anda tidak tergopoh-gapah untuk memetik buah-buahan, apatah lagi jika anda tidak mengenali buah tersebut. Ini termasuk pucuk atau daun yang dilihat segar dan bersih untuk dimakan.

Ambil sehelai daun atau sebiji buah tersebut dan hidu terlebih dahulu selama dua hingga tiga minit. Kemudian tunggu sebentar untuk memastikan tiada tindak balas yang dirasai pada hidung anda seperti gatal-gatal atau pedih. Jika tiada kesan jangan makan dahulu, ikuti langkah kedua.

Gosok Pada Kulit Lengan

Langkah ini memerlukan daun atau buah digosok di kulit lengan anda selama dua hingga tiga minit. Proses ini bertujuan memastikan tiada kesan gatal dan kulit tidak bertukar menjadi warna merah atau pedih. 

Jika wujud kesan sampingan seperti disebutkan,  buangkan segera daun atau buah tersebut kemudian lap tangan anda menggunakan kain lembut basah atau lalukan air bersih yang ada. Dikhuatiri daun atau buah tersebut beracun dan boleh mendatangkan pelbagai komplikasi, termasuk kematian.

Namun jika tiada apa-apa kesan yang berlaku semasa melakukan proses tersebut, teruskan dengan langkah ketiga.

Letak Di Hujung Bibir

Ambil sedikit daun atau buah tersebut dan letakkan di hujung bibir. Ini kerana bahagian bibir merupakan tempat yang paling sensitif dan lebih mudah untuk mengesan sebarang kemungkinan tidak balas yang sama seperti dua langkah di atas. 

Kemudian biarkan selama dua hingga tiga minit, sekiranya tiada kesan bengkak atau gatal-gatal, teruskan dengan langkah keempat.

Telan Sebahagian Kecil Daun Atau Buah

Rasa dan telan sedikit daripada buah atau daun tersebut dan tunggu selama dua jam. Ketika ini pastikan anda tidak mengambilnya dengan kuantiti yang banyak kerana dikhuatiri perut anda akan sakit akibat masalah pencernaan.

Ini juga bagi memastikan anda tidak alergi dengan sumber makanan tersebut. Selepas dua jam, jika tekak tidak terasa gatal dan tidak sakit perut, teruskan langkah yang terakhir.

Makan Sebahagian Dan Tunggu Empat Jam

Makan sebahagian daripada daun atau buah tersebut dan bukan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia belum dapat dipastikan selamat untuk dimakan atau tidak. Tunggu selama empat jam dan sekiranya anda tidak pening, muntah, loya atau mengalami sebarang kesan yang pelik, barulah daun dan buah tersebut selamat dimakan.

Suka untuk diingatkan bahawa jika sumber makanan tersebut adalah buah, ikuti lima cara tersebut pada buahnya dan jika daun atau pucuk, uji pada daun atau pucuknya. Proses di atas penting bagi mereka yang aktif masuk ke dalam hutan. Kita tidak pernah meminta untuk sesat namun adalah baik perkongsian ini diingati sebagai persediaan. - Getaran, 7 Oktober 2023

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

2

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

3

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

4

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

5

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

6

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok