web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Angka Kematian Kebakaran Hutan Di Maui, Hawaii Mencecah 110 Mangsa

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 2:52PM

Kebakaran hutan di Maui, Hawaii mengakibatkan 110 mangsa meninggal dunia. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LOS ANGELES - Angka kematian akibat kebakaran hutan Maui di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) mencecah 110 orang pada Rabu, kata Gabenor Hawaii, Josh Green.

Kebakaran hutan yang memusnahkan bandar bersejarah Lahaina di Maui itu mencatat angka kematian tertinggi dalam tempoh lebih seabad dalam sejarah moden AS.

Sehingga ini, kira-kira 38 peratus daripada kawasan yang terbakar sudah diperiksa, lapor Xinhua memetik sidang media Green.

“Setiap hari kami terpaksa melaporkan mengenai orang yang tersayang disahkan mati atau hilang,” kata gabenor itu.

Beliau berkata kira-kira 2,000 pengguna masih belum mendapat bekalan elektrik di kawasan terjejas di pulau itu.

Sementara itu, Ketua Polis Maui, John Pelletier pada Selasa berkata kerja-kerja memeriksa kawasan kebakaran boleh mencecah 85 hingga 90 peratus menjelang hujung minggu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Rumah Putih berkata Presiden Joe Biden akan melawat Maui pada Isnin untuk bertemu anggota penyelamat, mangsa yang terselamat serta pegawai persekutuan, negeri dan tempatan.

"Saya tetap komited untuk memenuhi keperluan rakyat Hawaii supaya mereka dapat kembali pulih daripada bencana ini," kata Biden di X (Twitter). - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja