web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebakaran Hutan Di Sepanyol Semakin Marak, Sukar Dikawal

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 8:10AM

Kebakaran itu antara yang paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MADRID - Kebakaran hutan di Tenerife semakin marak di luar kawalan walaupun pihak bomba bertungkus lumus memadamkan api selama empat hari, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Setakat ini, kebakaran hutan itu memusnahkan kira-kira 8,400 hektar tanah, lonjakan yang besar sejak kali terakhir direkodkan, kata ketua wilayah Kepulauan Canary Fernando Clavijo pada Sabtu malam.

Di sebalik perkembangan itu katanya, keseluruhan bahagian selatan kebakaran itu "sangat stabil," walaupun kawasan utara kebakaran masih menjadi kebimbangan.

Pemimpin itu pada masa sama menyifatkan  kebakaran itu antara yang paling teruk di Tenerife dalam tempoh 40 tahun lalu.

Lebih 12,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di 11 bandar berbeza akibat kebakaran di utara dan timur laut pulau itu, menurut anggaran pihak berkuasa.

Pada awalnya, pihak berkuasa menganggarkan 26,000 orang telah berpindah dari rumah mereka pada Sabtu, tetapi jumlah itu menurun setelah disemak semula.

Tiada kecederaan atau kemusnahan rumah dilaporkan. Kehidupan kebanyakan penduduk diteruskan seperti biasa di kawasan pelancongan pulau itu, menurut maklumat rasmi.

Punca kebakaran, yang berlaku berhampiran bandar kecil Arafo, masih belum jelas dan Clavijo mengatakan siasatan telah dimulakan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Sepanyol Juara Euro 2024

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 9 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad