web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Puasa: Majikan, Pembantu Peribadi Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 2:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Dua lelaki terdiri daripada majikan, Chung Chee Yang dan pembantu peribadinya, Choo Hin Voon, yang masing-masing menghadapi lima dan dua pertuduhan berkaitan kes pukul dua pengawal peribadi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Chee Yang dan Hin Voon, masing-masing berusia 43 tahun, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di halaman rumah di Bukit Tinggi di sini antara 10.30 malam dan 11.30 malam pada 13 April lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Chee Yang didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan pistol ke arah pengawal peribadinya, Mohd Azminizam Zulkepli, 44, dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Chee Yang didakwa bersubahat dengan Hin Voon, mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ahmad Shamsuri Zailani, 27, dan Mohd Azminizam, dengan menggunakan sebatang rotan.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 109 KK dibaca bersama dengan Seksyen 324 KK yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Untuk pertuduhan keempat, Chee Yang juga didakwa mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan mangsa mengenai agama yang dianuti mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 298 KK dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan kelima, Chee Yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 KK iaitu penjara satu tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pembantu peribadinya, Hin Voon menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri menggunakan rotan.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 KK yang boleh dihukum sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Sarulatha membenarkan Chee Yang diikat jamin RM50,000 manakala Hin Voon, RM20,000 masing-masing dengan seorang penjamin.

Mereka juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di Balai Polis dan menetapkan 23 Jun sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman manakala Chee Yang diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman dan peguam Loi Yap Loong mewakili Hin Voon.

Media sebelum ini melaporkan dua pengawal peribadi cedera selepas dirotan dan diugut bunuh menggunakan pistol oleh majikan dipercayai akibat perselisihan faham berkaitan puasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 17 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 22 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad