web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


100 Penduduk Berduka, 20 Rumah Musnah Terbakar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 9:03AM

Seorang anggota Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kampung Sri Pandan, Putatan, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTATAN - Belum pun sampai 24 jam kebakaran yang memusnahkan 53 kediaman di Sandakan, semalam, kira-kira 100 penduduk mengalami nasib yang sama apabila 20 kediaman mereka turut musnah dalam dua insiden kebakaran, di sini.

Kejadian pertama membabitkan 22 orang penduduk yang kehilangan tempat tinggal selepas tiga buah rumah mereka hangus terbakar di Kampung Sri Pandan, Jalan Lok Kawi Lama, jam 1.30 petang, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

"Sebanyak tiga kediaman jenis separa kekal musnah sepenuhnya terbakar dalam kejadian itu, manakala kebakaran kedua berlaku di Kampung Dumpil, membabitkan 17 rumah atas air jam 10 malam tadi," katanya.

JBPM mengambil masa 30 minit untuk memadamkan api sepenuhnya.

"Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku dalam dua insiden berkenaan.

"Kami masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa," katanya.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Putatan mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Keramat, bagi kemudahan mangsa kebakaran di Kampung Dumpil.

"Bagaimanapun, sehingga jam 8 pagi tadi, belum ada mangsa tiba di PPS," katanya. – Getaran, 22 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad