web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


94 Peratus Jangkitan HIV Berpunca Daripada Hubungan Seksual

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 4:00PM

Virus HIV - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Data Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 94 peratus daripada kes jangkitan ‘human immunodeficiency virus’ (HIV) berpunca daripada hubungan seksual.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam teks khutbah Jumaat hari ini memaklumkan, trend itu berubah, berbanding pada tahun 1990 hingga 2010.

Katanya, ketika tempoh itu, faktor utama penyumbang jangkitan HIV di Malaysia adalah penggunaan dadah secara suntikan. 

“Trend itu sudah berubah apabila faktor tersebut tidak lagi merupakan penyumbang terbesar, sebaliknya berpunca daripada hubungan seksual.

“Data itu merekodkan sehingga tahun 2018, daripada keseluruhan jumlah jangkitan HIV, sebanyak 94 peratus berpunca kerana hubungan seksual dan daripada peratusan tersebut, 57 peratus berpunca kerana hubungan sejenis antara lelaki atau dikenali sebagai gay.

“Manakala sebanyak 37 peratus lagi adalah disebabkan hubungan seksual berlainan jantina,” katanya dalam Khutbah Jumaat bertajuk ‘Hubungan Seksual: Penyumbang Utama Jangkita HIV dan Penyakit AIDS’.

Pemilihan tajuk itu ditetapkan sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut pada 1 Disember setiap tahun, bertujuan meningkatkan kesedaran awam berhubung jangkitan HIV, iaitu virus membawa kepada penyakit AIDS. 

Menurut khutbah itu, ayat 5 hingga 7 surah al-Mukminun jelas menunjukkan bahawa Islam melarang umatnya melakukan hubungan intim, selain daripada pasangan dibenarkan syarak. 

Tegasnya, terdapat hikmah besar dalam ketetapan syariat tersebut kerana tujuan syariat (Maqasid Syariah) ialah menjamin nasab keturunan. 

“Oleh itu, hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita, atau dengan pasangan berlainan jantina yang tidak halal, atau ada antara mereka yang berhubungan dengan dua-dua jantina, atau pun apa-apa jua cara melepaskan nafsu selain dari jalan dibenarkan syarak; hukumnya haram dan dianggap dosa zina. 

“Islam melarang umatnya berzina berdasarkan Surah al-Israh ayat 32,” katanya.

Mengulas lanjut, khutbah tersebut menceritakan perihal sejarah ketamadunan manusia di zaman umat Nabi Lut yang mengamalkan hubungan sejenis.

“Allah SWT menyifatkan perlakuan tersebut sebagai khabais iaitu jijik, keji, kotor dan hina kerana ia tabiat yang merosakkan. Nabi Lut berulang kali memperingatkan kaumnya bahawa perlakuan ini mengundang kemurkaan Allah SWT, namun kaumnya tidak peduli dan terus menerus melakukannya. 

“Akibatnya, Allah SWT menghukum mereka dengan azab yang dahsyat,” katanya.

Justeru, khutbah tersebut juga mengingatkan bahawa segala suruhan dan larangan Allah SWT, bertujuan membawa kebaikan kepada manusia. 

“Di sebalik perkara ditegah dan perbuatan dianjur syarak, semuanya terkandung hikmah yang membawa kesejahteraan kehidupan dan kebaikan kepada fizikal serta jiwa orang beriman,” katanya. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad