web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekalan Ayam Cukup, Tidak Perlu Keluar Permit Import

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 8:26AM

Alexander Nanta Linggi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekalan ayam bagi pasaran tempatan dijamin mencukupi dan tiada keperluan untuk kerajaan mengeluarkan permit import (AP) bagi barangan berkenaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata pihaknya kerap mengadakan sesi libat urus dengan penternak ayam di seluruh negara bagi memastikan bekalan ayam dalam negara mencukupi.

“Kenyataan yang dibuat oleh timbalan saya Datuk Rosol Wahid adalah sekiranya ada keperluan kerajaan perlu mengeluarkan AP untuk ayam diimport untuk menampung permintaan tempatan, tetapi buat masa ini ia tidak perlu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Riang Riuh Raya dan Malaysian Marketplace di sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin yang mempersoalkan tindakan kementeriannya yang mahu mengeluarkan AP ketika masih berbaki tiga minggu sebelum Aidilfitri.

Turut hadir Rosol, dan Penasihat Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Datuk Abdul Wahab Khalil.

Dalam pada itu Nanta turut menafikan pihaknya lambat dalam menangani isu kenaikan harga ayam.

Sebaliknya, beliau berkata mengambil langkah yang holistik dalam menyelesaikan masalah berkenaan agar semua pihak, bukan sahaja pengguna, malah peniaga dan penternak tidak terjejas.

“Kita perlu faham, peniaga ayam yang berniaga di pasar adalah peniaga kecil dan mereka membeli ayam dengan harga yang tinggi daripada pengedar atau penternak, oleh itu mereka perlu meningkatkan sedikit harga.

“Tetapi mulai esok, dengan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, harga ayam telah ditetapkan sebanyak RM7.90 sekilogram (kg), ia masih lagi di bawah RM8,” katanya.

Mengulas mengenai Kempen Beli Barangan Malaysia, Nanta berkata pihaknya menyasarkan jumlah jualan pada tahun ini sebanyak RM120 bilion.

Beliau yakin angka berkenaan dapat dicapai berdasarkan prestasi pada tahun lepas yang mana jualan barangan buatan Malaysia direkodkan sebanyak RM130 bilion berbanding sasaran sebanyak RM 100 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar