web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 4:59PM

Alexander Nanta Linggi Nanta bercakap kepada pemberita selepas meninjau struktur persimpangan bertingkat SPE di Jalan Cheras, hari ini. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu risau untuk menggunakan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Jalan Cheras di sini kerana ia selamat dan tiada sebarang keretakan pada binaan berkenaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ketika memberikan jaminan itu, Nanta berkata alat pengesan keretakan akan segera dipasang pada struktur persimpangan bertingkat di Jalan Cheras bagi memantau sekiranya terdapat sebarang pergerakan.

Beliau berkata pemasangan alat berkenaan hanya satu langkah proaktif dalam memastikan struktur tersebut benar-benar selamat walaupun laporan pakar dan jurutera semalam mengesahkan tiada sebarang masalah mahupun keretakan terhadap struktur berkenaan.

"Memang kita puas hati, laporan pakar memang tiada masalah di struktur itu, saya pun dah lihat sendiri, keretakan yang didakwa itu tidak ada dan jalan selamat digunakan.

"Cuma dengan pemasangan alat ini, kita akan terus pantau bersama LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dalam beberapa minggu ini kalau ada kesan sebarang pergerakan atau betul-betul terjadi keretakan supaya kita boleh tahu dan ada amaran awal," katanya.

Nanta berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau struktur persimpangan bertingkat SPE di Jalan Cheras di sini menggunakan kren pengangkat dengan diiringi Ketua Pengarah LLM Datuk Ir. Sazali Harun.

Semalam, seorang pemilik akaun X menyuarakan kebimbangan kemungkinan terdapat keretakan di jejambat tersebut berdasarkan dua keping gambar yang didakwa dirakamkan pada April lepas dan bulan ini.

Ciapan itu mendapat reaksi Nanta yang mengarahkan LLM dan syarikat konsesi SPE membuat pemeriksaan dan penilaian segera di lokasi sebelum kementerian pada hari sama dalam kenyataan ringkas mengesahkan siasatan mendapati ia hanya kesan garisan hitam iaitu sendi pembinaan semasa kerja konkrit yang dibuat dahulu.

SPE dibuka sepenuhnya pada 3 November lepas mempunyai laluan tiga lorong dua hala dan tujuh persimpangan bertingkat.

SPE dibahagikan kepada empat seksyen utama iaitu Kerinchi merangkumi Salak (Seksyen 1), Salak - Pandan (Seksyen 2), Pandan - Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa - Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan 20.7 kilometer.

la menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) dan lain-lain bagi meningkatkan kecekapan rangkaian dan mengurangkan kesesakan di ibu negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad