web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kepimpinan Anwar Tepat Pada Masanya - Wartawan Veteran Thailand

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 8:22PM

Chongkittavorn berkata Anwar perlu memastikan Kabinet yang baharu dibentuk adalah inklusif dan tiada rasuah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru dilantik tepat pada masanya kerana negara memerlukan pemimpin yang intelek dan berwibawa, kata wartawan veteran Thailand yang mengulas mengenai hal ehwal serantau.

Kavi Chongkittavorn berkata bermula sekarang Malaysia bakal dilihat dan diperkatakan secara lebih positif.

“Tetapi laluan berliku berada di hadapan Anwar … Buat kali pertama, Malaysia mempunyai pemimpin yang mempunyai pandangan sejagat dan terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

“Diharapkan kepimpinan Anwar akan mengukuhkan lagi profil Asia. Lagipun, beliau pemimpin pertama yang bersuara mengenai Renaissance Asia walaupun ia sudah dua dekad berlalu,” tulisnya dalam satu ruang pendapat yang diterbitkan dalam laman sesawang berita Inggeris dalam talian Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai (PBS Thai).

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar,75, sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas Seri Paduka mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara bagi menamatkan kemelut susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov yang menyaksikan Parlimen digantung.

Kavi berkata pelantikan Anwar sebagai perdana menteri seharusnya menjadi “magnet” Malaysia untuk menjana imej positif bagi meningkatkan keyakinan perniagaan di negara ini.

“Selama beberapa dekad dengan penyertaan berterusan Anwar dalam isu-isu transnasional dan global yang berkaitan hak sivil dan politik, memerangi rasuah, hubungan Timur-Barat dan pelbagai hala, beliau sepatutnya menjadi magnet negara dalam menjana imej Malaysia yang lebih positif yang akan meningkatkan pelaburan dan keyakinan perniagaan.

“Barat akan gembira dengan kerajaan baharu di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” kata beliau.

Kavi berkata tanda-tanda positif sudah muncul selepas Anwar dinamakan sebagai perdana menteri memandangkan indeks saham Malaysia melantun dan Ringgit melonjak.

“Ini menunjukkan keyakinan tinggi terhadap kerajaan ... Itu yang Malaysia perlukan sekarang,” katanya. 

Kavi berkata cabaran awal perdana menteri adalah untuk mewujudkan kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan elit Malaysia, ahli politik dan ahli perniagaan.

Apabila Parlimen kembali bersidang bulan depan, beliau berkata Anwar perlu membuktikan kerajaan perpaduan yang diketuai Pakatan Harapan (PH) dan rakan gabungannya mempunyai majoriti kerana bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai sokongan majoriti.

“Halangan kedua juga tidak kurang pentingnya iaitu Anwar mesti memenangi hati dan fikiran rakyat termasuk orang Melayu konservatif. Mereka akan menjadi kumpulan penting,” katanya.

Selepas menyelesaikan halangan politik, Kavi berkata Anwar harus perlu menumpukan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat COVID-19 dan kesan peperangan di Ukraine.

Beliau berkata Anwar juga perlu memastikan Kabinet yang baharu dibentuk adalah inklusif dan tiada rasuah.

Mengenai hubungan dua hala Malaysia-Thailand, Kavi berkata kerajaan pimpinan Anwar mesti bekerjasama dengan rakan sejawatannya secepat mungkin untuk menyelesaikan konflik di selatan Thailand.

Kavi Chongkittavorn ialah felow kanan di Institut Keselamatan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Chulalongkorn dan menjadi wartawan selama lebih tiga dekad selain menyumbang pendapat untuk media Thailand. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek