web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Pengundian Di Padang Serai Dijangka Ditangguh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 5:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai Sabtu ini, dijangka ditangguhkan berikutan kematian mengejut calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya kawasan itu hanya dua hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Pakar pilihan raya, Dr G Manimaran berkata, SPR diberi kuasa untuk menangguhkan proses pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai di bawah Peraturan 11(6) Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya 1981).

“Jadi pada dasarnya Padang Serai akan menjadi Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya kepada The Vibes.

Manimaran berkata, situasi terbabit berlaku sekurang-kurangnya dua kali sebelum ini, iaitu pada 1982 apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemenceh, Datuk Mohd Taha Talib dibunuh lapan hari sebelum PRU Ke-6 dan pada tahun 1969, apabila calon Melaka Selatan meninggal dunia.

Karupaiya menentang Datuk Sivaraj Chandran daripada Barisan Nasional; Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional); Mohd Bakhri Hashim (Parti Warisan); Hamzah Abd Rahman (Parti Pejuang Tanah Air) dan calon Bebas, Ananda Ak. - The Vibes, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad