web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Tahun Hilangkan Diri, Bomoh Scammer Akhirnya Dicekup

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 1:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas 10 tahun menghilangkan diri sebaik mengaut keuntungan mudah dengan memperdayakan mangsa kononnya mampu mengubah nasib, seorang Bomoh Scammer akhirnya dicekup, semalam.

Suspek yang dikenali sebagai ‘Master’ berusia 50 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, jam 5.39 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak, berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar 2011, apabila seorang lelaki berusia 59 tahun melihat iklan mengenai perkhidmatan mendapatkan nombor ramalan bagi mengubah nasib.

"Mangsa menghubungi nombor yang tertera dalam iklan berkenaan dan berurusan dengan seorang lelaki dikenali Master.

"Dia diminta membuat bayaran RM127,120 ke dalam akaun milik lelaki itu bagi tujuan membeli peralatan sembahyang dan upacara ritual,” katanya hari ini.

Mohammed Farouk berkata, mangsa diminta pergi ke alamat diberikan di Pengkalan Kubur, Kelantan sebaik membuat bayaran.

“Apabila sampai, mangsa menyedari dia ditipu apabila alamat yang diberikan itu tidak wujud sama sekali,” katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, mangsa membuat laporan polis dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil siasatan polis berjaya mengesan dan menahan suspek yang turut mempunyai rekod dikehendaki polis bersabit jenayah sama di Perak.

Ditanya sama ada lebih ramai mangsa yang belum tampil membuat laporan, beliau berkata, setakat ini tiada mangsa lain terbabit. – Getaran, 19 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad