web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Pernah Abai Isu LCS - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 6:07PM

Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agensi bertanggungjawab telah menjalankan siasatan, malah pihak terlibat dalam penyelewengan didakwa di mahkamah.

"Isu LSC tindakan dah pun diambil, Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) juga telah buat kenyataan dan perjelas beberapa kali.

“Mereka yang dituduh terlibat dengan penyelewangan dan sebagainya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah menyiasat dan ada yang dibawa ke mahkamah, jadi perkara itu adalah sedang berjalan, tidak betullah jika kata kita tidak mengendahkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.

 Ismail Sabri Yaakob berkata agensi bertanggungjawab telah menjalankan siasatan, malah pihak terlibat dalam penyelewengan didakwa di mahkamah - Gambar Fail Bernama
Ismail Sabri Yaakob berkata agensi bertanggungjawab telah menjalankan siasatan, malah pihak terlibat dalam penyelewengan didakwa di mahkamah - Gambar Fail Bernama

Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor memintanya memohon maaf kepada tentera berhubung isu perolehan aset yang timbul dalam pasukan keselamatan itu. 

Ismail Sabri berkata Anwar sengaja atau dilihat tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku kerana penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sudah dijelaskan sebelum ini.

Sementara itu, ditanya mengenai gesaan pembangkang yang mahu semua calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan harta, beliau berkata tindakan itu dlakukan secara sukarela oleh sesiapa yang mahu berbuat demikian.

Perdana Menteri berkata tiada keperluan untuk melakukan perkara itu kerana ia tidak diperuntukkan dalam mana-mana akta, melainkan individu dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri yang diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka.

Ismail Sabri berkata Anwar Ibrahim sengaja atau dilihat tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku kerana penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sudah dijelaskan sebelum ini - Gambar Fail
Ismail Sabri berkata Anwar Ibrahim sengaja atau dilihat tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku kerana penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sudah dijelaskan sebelum ini - Gambar Fail

Beliau berkata Ahli Parlimen tidak perlu mengisytiharkan harta sebab mereka boleh berniaga tetapi menteri dan timbalan menteri mereka wajib mengisytiharkan harta dan memang mereka berbuat demikian. 

“Tetapi, sesiapa yang sukarela hendak mengisytiharkan harta seperti Rafizi (Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli) isytiharlah. Bagi saya perkara yang perlu dan dikehendaki oleh akta mesti dipatuhi. 

Tetapi yang tidak ada dalam mana-mana akta (maka) tidak ada keperluan. Setakat nak jadikan ia isu pilihan raya sahajalah kalau tidak diisytiharkan dianggap sebagai ada sesuatu yang nak disorok,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad