Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


PRU-15: Undi Luar Bandar Jadi Penentu Kemenangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 9:41AM

Persaingan politik di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman yang kini disifatkan terbuka, akan bertambah sengit - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Undi daripada masyarakat luar bandar dan pedalaman boleh dianggap ‘emas’ kepada parti politik susulan kumpulan itu adalah suara penentu kepada kemenangan pada setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Jumlah kerusi parlimen di luar bandar dan pedalaman termasuk kawasan yang memiliki penempatan FELDA merekodkan lebih separuh daripada keseluruhan 222 kerusi dipertandingkan iaitu sebanyak 155 kerusi mengikut rekod parti politik dan menurut beberapa penganalisis politik, ia tidak lagi bersifat ‘putih’ kepada sesebuah parti politik berbanding sebelum ini.

Berikutan perubahan landskap politik negara yang kian dinamik selain disumbang dengan kerancakan proses urbanisasi, tahap pendidikan serta kadar liputan Internet semakin meluas, mereka percaya persaingan politik di kawasan-kawasan berkenaan yang kini disifatkan terbuka, akan bertambah sengit.

Menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah PRU paling sukar diramal, penganalisis politik juga melihat Sabah dan Sarawak yang masing-masing memiliki 25 dan 31 kerusi serta kawasan yang mempunyai kem tentera juga tidak lagi bersifat deposit tetap kepada sesebuah gabungan politik.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA Kampus Raub, Pahang Dr Che Hamdan Che Mohd Razali berkata berdasarkan kepada kajian terhadap dua siri pilihan raya umum sebelum ini, negeri yang mempunyai kawasan tanah rancangan FELDA menunjukkan trend penyusutan sokongan daripada pengundi kepada Barisan Nasional (BN).

BN tidak lagi boleh mengharapkan kemenangan mudah di kerusi-kerusi di kawasan rancangan FELDA - Gambar Fail
BN tidak lagi boleh mengharapkan kemenangan mudah di kerusi-kerusi di kawasan rancangan FELDA - Gambar Fail

“Kawasan FELDA umpamanya, saya melihat dari segi trend sokongan pengundi sekitar 60.7 peratus pada PRU13 telah menurun secara drastik kepada 46.2 peratus pada PRU-14. BN tidak lagi boleh mengharapkan kemenangan mudah di kerusi-kerusi di kawasan rancangan FELDA.

“Parti-parti politik ini berkongsi segmen pengundi yang sama maka dari segi pola pengundian, ia memberi kelebihan kepada parti yang mampu meraih sokongan maksimum pengundi,” katanya kepada Bernama.

Antara kawasan Parlimen yang dikategorikan luar bandar dan pedalaman adalah Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan; Pagoh, Sekijang, Labis, Segamat, Ledang, Kulai dan Tebrau di Johor); Bentong, Raub dan Temerloh (Pahang); Dungun, Setiu, Kuala Nerus (Terengganu) serta Jerlun, Padang Terap, Pokok Sena, Baling, Sik (Kedah).

 Di Sabah, ia membabitkan antaranya Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran dan Papar manakala di Sarawak pula adalah Batang Lupar, Batang Sadong, Lubok Antu, Saratok, Kapit, Hulu Rajang, Sibu dan Baram.

Che Hamdan berkata selain mengharapkan sokongan pengundi setia, kelompok pengundi muda termasuk yang pertama kali mengundi juga bakal menentukan kemenangan di sesebuah kawasan.

Senada dengan Che Hamdan, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pola pengundian masyarakat luar bandar kini semakin berubah berikutan kepesatan pembangunan selain tahap pendidikan yang diterima.

Kelompok pengundi muda termasuk yang pertama kali mengundi juga bakal menentukan kemenangan di sesebuah kawasan - Gambar Fail
Kelompok pengundi muda termasuk yang pertama kali mengundi juga bakal menentukan kemenangan di sesebuah kawasan - Gambar Fail

Mengambil contoh FELDA, beliau berkata ada sebahagiannya kini adalah kawasan bandar dan pengundi khususnya generasi ketiga dilihat bersifat lebih terbuka berbanding dua generasi sebelum itu.

“Generasi pertama misalnya, mereka mungkin cenderung memilih parti sebelum ini manakala generasi kedua yang memiliki tahap pendidikan lebih baik, mereka akan melihat kepada isu namun masih mengenang jasa kerajaan.

“Generasi ketiga termasuklah pengundi 18 tahun, mereka inilah yang lebih terbuka dan cenderung mengundi mengikut play group mereka serta melihat tawaran yang memberi kelebihan kepada mereka. Oleh itu, pilihan raya kali ini tiada kawasan boleh dianggap deposit tetap kepada mana-mana parti,” katanya.

Beliau berkata berlainan dengan kawasan bandar, ia masih dilihat sebagai deposit tetap kepada Pakatan Harapan (PH) dan untuk parti lain memenanginya, ia memerlukan usaha berlipat ganda manakala bagi Sabah dan Sarawak, parti-parti politik di kedua-dua negeri itu boleh memberikan sokongan kepada mana-mana gabungan di Semenanjung.

Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA Tan Sri Rozali Ismail dalam sidang media pada 3 November lepas dilapor berkata gabungan itu yang mempunyai keahlian seramai 135,000 di 317 tanah rancangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah, berikrar menyokong BN pada PRU-15.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 Nov manakala pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Umum Pendekatan Baharu Untuk Manfaat Warga FELDA - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 bulan yang lalu

LKAN: PM Arah LTAT, FELDA Kemukakan Laporan Penuh

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Keputusan Rayuan Kes Rasuah Isa Samad Pada 31 Januari Depan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 6 jam yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 13 jam yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 13 jam yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi