web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Warga PDRM Dinasihat Hindari Salah Guna Media Sosial, Jaga Kerahsiaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 7:03AM

Razarudin Husain berkata, PDRM tidak akan sesekali mengabaikan tugas dan peranan utamanya untuk mengekalkan keselamatan serta keamanan negara - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dalam komitmen gigih sebahagian besar warganya menjalankan tugas sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan menghadapi Monsun Timur Laut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap memberi fokus terhadap usaha memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM tidak akan sesekali mengabaikan tugas dan peranan utamanya untuk mengekalkan keselamatan serta keamanan negara.

“Inilah cabaran terbesar perlu dipikul kita semua. Ini termasuklah kawalan keselamatan di sempadan negara yang kekal menjadi ‘active duties’ (tugas aktif) pasukan secara berterusan.

“Perancangan untuk pengaturan penugasan perlu diperhalusi daripada segenap aspek bagi memastikan beban tugas seimbang dan pada masa sama, aspek kebajikan terhadap warga kontinjen kekal menjadi keutamaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Taklimat dan Keperluan Bantuan Sumber Manusia serta Keselamatan Sempadan PRU-15 di Dewan Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bahru.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob; Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mohd Sukri Kaman; Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Datuk Hasan Basri Ahmad Safar: Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Kamaruzaman Abdullah; ketua jabatan IPK Kelantan, ketua polis daerah dan formasi kontinjen Kelantan.

Razarudin turut menasihatkan warga PDRM menghindari penyalahgunaan media sosial semasa bertugas, selain sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat rasmi jabatan.

“Tindakan tegas boleh diambil ke atas mana-mana warga PDRM yang sengaja menggunakan media sosial untuk membuat perkara menyalahi peraturan atau undang-undang,” katanya. – Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad