web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Polis Maut Ketika Kejar Suspek

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 8:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Anggota Balai Polis Dato Keramat Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan meninggal dunia, selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang mengejar penjenayah di Jalan Utama di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian itu, Muhammad Iqbal, 20, bersama dua lagi anggota polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah pada pukul 1 pagi di kawasan Jalan Scotland, sebelum melihat seorang lelaki menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Tiga anggota yang masing-masing menunggang motosikal itu meminta lelaki berkenaan untuk memberhentikan, motosikalnya namun suspek terus memecut dan menunggang dalam keadaan berbahaya, dengan melakukan aksi ‘zig zag’ bagi mengelak ditahan polis.

“Mereka mengejar lelaki itu sehingga ke Jalan Utama. Muhammad Iqbal cuba menghampiri motosikal lelaki terbabit, namun suspek melanggar motosikalnya sehingga mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk di tebing jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Pulau Pinang di sini malam ini.

Mengulas lanjut Soffian berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan di lokasi kemalangan dan ujian air kencing didapati positif dadah.

“Suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan lima kes jenayah. Lelaki itu akan direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Jenazah Muhammad Iqbal yang telah bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 18 bulan lepas, akan dibawa balik ke kampung halamannya di Kampung Air Tawar, Besut, Terengganu untuk dikebumikan.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham adalah Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, dalam akaun Facebook rasminya menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Muhammad Iqbal.

“Saya dan isteri mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Menantu Bekas PM Yang Diburu SPRM Ada Di Luar Negara - KPN

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Pegawai Petronas Terima Ugutan, Polis Perketat Kawalan Di Fasiliti LNG Bintulu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Paus Francis Bawa Suara Moral, Pendukung Tegar Keamanan’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pak Lah Insan Berperibadi Mulia, Sentiasa Memilih Untuk Berdamai - PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad