web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Paus Francis Bawa Suara Moral, Pendukung Tegar Keamanan’ - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2025 9:51PM

Paus Francis atau Jorge Mario Bergoglio disahkan meninggal dunia hari ini - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kematian Paus Francis hari ini bukan sahaja diratapi rakyat Vatican City, tetapi turut mendapat perhatian pemimpin luar. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ketinggalan menyuarakan rasa sedih atas pemergian pemimpin yang amat dihormati itu. 

Perdana Menteri berkata, Jorge Mario Bergoglio, 88, akan dikenang bukan sahaja selaku paus pertama dari Amerika Selatan, tetapi juga sebagai suara moral yang menyerlahkan sifat belas kasihan, kerendahan hati dan keadilan dalam dunia yang penuh pergolakan. 

Menurut Anwar, komitmen Bergoglio terhadap persefahaman antara agama, pemeliharaan alam sekitar dan martabat golongan terpinggir telah memberi kesan yang mendalam, jauh melangkaui Gereja Katolik.

“Pope Francis merupakan pendukung tegar keamanan, dan usaha beliau membina jambatan antara agama dan budaya telah meraih penghormatan ramai, termasuk dalam kalangan dunia Islam. 

“Beliau bersuara dengan kejelasan moral tentang penderitaan yang amat dahsyat di Gaza, mengingatkan dunia bahawa kita mesti menunjukkan belas kasihan yang sama kepada semua mangsa kekejaman, di mana jua mereka berada,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Tegas Perdana Menteri, Bergoglio juga tidak ketinggalan memperjuangkan martabat migran serta pelarian, selain menyeru masyarakat antarabangsa agar menangani penderitaan mereka dengan peri kemanusiaan dan hati nurani.

“Kehidupannya yang penuh khidmat dan kekuatan yang tenang mengingatkan kita kepada kata-kata Shakespeare: “Hidupnya penuh kelembutan, dan segala unsur dalam dirinya begitu seimbang sehingga Alam boleh berdiri dan berkata kepada seluruh dunia, ‘Inilah seorang lelaki.’”

“Secara peribadi, saya berasa amat bertuah kerana diberi penghormatan untuk mengunjungi Pope Francis pada awal perkhidmatannya di Vatican,” katanya.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Bergoglio menghidap pelbagai komplikasi kesihatan termasuk ‘krisis pernafasan seperti asma’ yang dikaitkan dengan trombositopenia.

Dilantik sebagai paus pada Mac 2013, pelantikan Bergoglio mengejutkan banyak pihak kerana faktor umur, memandangkan beliau sudah berusia 76 tahun ketika itu. 

Mendiang juga mencatat sejarah sebagai paus bukan Eropah yang pertama sejak abad kelapan. 

Memilih nama ‘Francis’ sebagai penghormatan kepada St. Francis of Assisi yang terkenal dengan sifat rendah hati dan belas kasihan, Bergoglio tertarik kepada kehidupan keagamaan sejak muda.

Mendiang yang dilahirkan dalam keluarga imigran Itali di Buenos Aires pada 17 Disember 1936 ditahbis sebagai paderi Jesuit pada 1969 dan berkhidmat hampir sepenuhnya di Argentina sebelum menjadi Ketua Biskop Buenos Aires pada 1998.

Bergoglio amat terkenal dengan gaya hidup sederhana, malah tidak kekok menggunakan pengangkutan awam dalam urusan seharian. 

Beliau juga sejak awal pelantikan memilih untuk mendiami sebuah rumah tamu sederhana di Vatican, berbanding kehidupan serba mewah  di Istana Apostolik. - Getaran, 21 April 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar