web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Petronas Terima Ugutan, Polis Perketat Kawalan Di Fasiliti LNG Bintulu

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2025 2:30PM

Mohd Khalid Ismail menyantuni anggota pada Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis ke-218 hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di semua fasiliti gas asli cecair (LNG) milik Petronas diperketatkan serta-merta susulan ugutan diterima seorang pegawainya di Bintulu, Sarawak.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pegawai terbabit menerima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali sebelum membuat laporan polis.

"Pihak polis termasuk pasukan di kontinjen seluruh negara turut membantu meningkatkan keselamatan di semua fasiliti LNG Petronas bagi memastikan keselamatan fasiliti berkendan berada dalam kawalan," katanya ketika Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis ke-218 di sini hari ini.

Media semalam melaporkan kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG di Bintulu mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman yang diterima.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataannya memaklumkan langkah itu bagi membolehkan siasatan segera dilakukan terhadap ancaman berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khalid memaklumkan PDRM masih menunggu laporan penuh bedah siasat kedua terhadap pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Syamsul Haris Shamsudin yang dijalankan pada 30 Ogos lepas.

"PDRM percaya bahawa pihak hospital yang membuat bedah siasat itu mempunyai kredibiliti tinggi bagi menjalankan siasatan berkenaan dan menyeru semua rakyat Malaysia menerima keputusannya kelak," katanya.

Terdahulu, Mohd Khalid menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga anggota PDRM yang aktif menderma darah.

Sebanyak 257 warga PDRM turut menyertai kempen derma darah pada program berkenaan sebagai sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi.

"Inisiatif ini bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan kerana menonjolkan semangat kebersamaan keharmonian dan perpaduan yang menjadi teras kepada pembentukan negara yang aman sejahtera," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Sah, Menantu Bekas PM Yang Diburu SPRM Ada Di Luar Negara - KPN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Roger Ng Tumpu Penjualan Bon Dipercayai Guna Dana 1MDB - KPN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Indeks Jenayah Seluruh Negara Menurun - KPN

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad