Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Indeks Jenayah Seluruh Negara Menurun - KPN

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 10:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Sebanyak 16,518 daripada 25,482 kes jenayah indeks berjaya diselesaikan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, dengan peratus penyelesaian kes 64.8 peratus.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata peratusan berkenaan melebihi sasaran kadar penyelesaian kes yang ditetapkan iaitu sebanyak 45 peratus.

Beliau berkata daripada jumlah kes jenayah indeks itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat penurunan jumlah kes 1.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding 25,774 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

"Sejumlah 56,677 kertas siasatan dibuka dari 1 Jan hingga 30 Jun tahun ini melibatkan jenayah indeks dan bukan indeks. Dalam tempoh tersebut juga, sejumlah 31,014 pertuduhan dicapai iaitu 54.72 peratus.

“Kita mengharungi cabaran enam bulan pertama 2023 dan kini memasuki enam bulan terakhir sebelum tiba ke penghujung tahun. Besarlah harapan saya agar momentum kecemerlangan PDRM akan terus dipertingkatkan dengan melakar lebih banyak episod kejayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara Bulan Julai 2023 anjuran Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman, di sini hari ini.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, Razarudin berkata seluruh petugas PDRM sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan di enam negeri terlibat iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

"Dalam kita melaksanakan tugas diamanahkan, kesihatan dan keselamatan diri juga perlu diberi keutamaan. Pucuk pimpinan pasukan akan berusaha untuk memastikan kebajikan petugas PDRM sepanjang PRN ini kekal terjaga.

"Petugas juga diingatkan agar sentiasa bersikap profesional dan rasional ketika menjalankan tugas di lapangan, serta bijak mengawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang insiden provokasi," katanya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Maktab PDRM Sedia Jadi Hab Pembelajaran Keselamatan Siber - KPN

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Penemuan Rangka Manusia Tiada Unsur Jenayah - Polis

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Siasatan Roger Ng Tumpu Penjualan Bon Dipercayai Guna Dana 1MDB - KPN

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes 3R: Kertas Siasatan Presiden PAS Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

oleh Wartawan The Vibes