web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2025 5:30PM

Mayat suspek dibawa oleh polis selepas ditembak polis - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Suspek kes tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam yang maut dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di selbuah bilik hotel di Pulau Ketam di sini pagi tadi dipercayai merancang untuk melarikan diri ke negara jiran.

Seorang pengusaha restoran di Pulau Ketam yang mendedahkan perkara itu berkata, suspek ada bertanyakan tentang perkhidmatan bot ke Thailand sejurus tiba di perkampungan tersebut petang semalam.

Beliau berkata suspek memberitahunya mahu ke Thailand untuk berjumpa dengan isteri dan anaknya yang sudah berada di sana.

"Ketika membeli makanan, lelaki itu beritahu yang dia terpaksa memilih menggunakan bot kerana tidak boleh menggunakan perkhidmatan kapal terbang disebabkan pasportnya disenarai hitam.

"Dia kata mahu berjumpa anak dan isterinya kerana rindu, mungkin sudah lama tidak berjumpa," kata lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu ketika ditemui media di lobi hotel tempat berlaku insiden berbalas tembak di sini hari ini.

Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek berusia lingkungan 30 tahun itu ditembak mati kira-kira 3 pagi tadi dalam serbuan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Selangor yang menjejaki suspek sejak insiden melepaskan tembakan di pusat beli-belah berkenan pada malam 8 Februari lepas.

Sementara itu seorang pekerja hotel yang hanya mahu dikenali sebagai Cha, 33, berkata suspek mendaftar masuk ke hotel yang terletak berdekatan jeti pada 5.15 petang semalam dengan memakai topi dan membawa satu beg plastik kecil.

Beliau berkata lelaki itu kelihatan normal dan tidak menunjukkan sebarang tanda yang mencurigakan.

"Ketika kejadian sekitar 3 pagi itu, saya terkejut dan terbangun dari tidur selepas terdengar bunyi kecoh dan beberapa das tembakan di tingkat bawah hotel," katanya.

Cha berkata beliau serta 12 individu yang menginap di hotel itu tidak pasti dengan apa yang berlaku, sebelum diarahkan keluar dari bilik hotel oleh pihak polis yang membuat serbuan.

Beliau berkata keadaan hotel kembali tenang selepas polis selesai menjalankan siasatan awal dan membawa mayat suspek keluar dari lokasi kejadian kira-kira enam jam kemudian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibarat Sedekah Kepada Penjenayah, Ramai Tinggal Kunci Pada Motosikal - KP Kedah

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar