Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Satu Keluarga Satu Rumah’ Cetusan Ismail Sabri Bantu Rakyat Miliki Kediaman

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 9:00AM

Aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’ terbukti membantu golongan memerlukan, memiliki kediaman terutama dalam situasi kos untuk membeli aset terbabit diramal semakin meningkat pada masa depan. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencetuskan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’ terbukti membantu golongan memerlukan, memiliki kediaman terutama dalam situasi kos untuk membeli aset terbabit diramal semakin meningkat pada masa depan.

Malah, ia memberi nafas lega kepada rakyat yang mendambakan kediaman sendiri, namun sebelum ini sukar mencapai impian itu kerana kekangan kewangan.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, tanpa jaminan kerajaan dan program khas menyasarkan kumpulan tertentu seperti itu, sukar untuk rakyat memiliki rumah.

“Dalam keadaan ekonomi semakin gawat ini, ada jaminan kerajaan dengan menyediakan skim jaminan kredit perumahan.

“Ia memberi manfaat kepada mereka yang tidak ada kerja tetap kerana hari ini selepas pandemik COVID-19, kesannya adalah rakyat hilang pekerjaan dan ramai menyertai skim pekerjaan e-hailing dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Ismail Sabri ketika berucap pada majlis perasmian pecah tanah Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepala Batas, Kepala Batas Youth Centre (KBYC) dan Masjid Bandar Putra Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang, memberi jaminan setiap keluarga di seluruh negara akan memiliki rumah sendiri selaras dengan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’, sekiranya kepimpinan beliau kekal sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri berkata, perkara itu selaras peruntukan sebanyak RM372.3 bilion termasuk Skim Perumahan seperti dibentangkan menerusi Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu.

Jelasnya, skim perumahan itu memberi tumpuan kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia dengan penyediaan kediaman mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.

“Saya beri jaminan semua skim perumahan ini akan dilaksanakan jika kerajaan Pusat yang saya terajui dipilih semula pada PRU-15 ini,” katanya.

Mazlan berkata, aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’ itu juga memfokuskan untuk membantu segmen rakyat berpendapatan rendah (B40), selain memberi faedah kepada golongan kontraktor kelas D, termasuk Bumiputera.

Sementara itu, pakar ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob mengesyorkan, supaya dilaksanakan dahulu bancian bagi mengenal pasti bilangan rumah tidak terjual, termasuk di bawah perumahan  Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) serta projek lain menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Beliau berkata, seterusnya, rumah tidak terjual itu boleh ditawarkan untuk penjualan kepada golongan B40 dan M40.

“Kita permudahkan (urusan), jika misal kata ketua isi rumah itu mempunyai pendapatan rendah atau tidak tetap, jadi kita boleh jualkan juga dan kita minta ada seorang dua anaknya yang berpendapatan tetap, menjadi co-buyer (pembeli bersama).

“Jika ketua isi keluarga tidak mampu bayar, ia boleh dibantu anak-anak mereka dan ia boleh diturunkan kepada generasi kedua. Jadi rumah itu, bayaran balik tidak tertangguh dan tiada masalah untuk tarik balik atau milelong,” katanya.

Abu Sofian berkata, selepas perumahan seperti PR1MA itu dipenuhi, kerajaan dicadang terus mendirikan perumahan jenis pangsapuri untuk ditawarkan kepada golongan belum memiliki kediaman.

Rumah tersebut, katanya, dicadang memiliki tiga bilik tidur dan dua bilik air standard.

Pada masa sama, beliau berkata, kediaman itu perlu ditawarkan kepada golongan belum memiliki rumah atau ibu ayah yang tidak ada rumah pertama.

“Namun, mana-mana individua tau ibu bapa yang sudah ada rumah tidak boleh memilikinya.

“B40 yang tiada rumah, bekerja sendiri dan berpendapatan rendah wajar diberi keutamaan. Kita permudahkan urusan dan cara mereka miliki rumah. Baru konsep Satu Keluarga Rumah Satu memenuhi agenda penubuhan,” katanya. – 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

8 Juta Penerima STR Bakal Terima Bantuan Mulai Isnin - PM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 13 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran