web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siasatan Majikan Belasah 2 Pengawal Peribadi Hampir Selesai

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 4:09PM

Tempoh reman suspek akan berakhir Sabtu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi yang juga majikan mangsa kerana berpuasa, hampir selesai.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya akan mencadangkan pertuduhan untuk dikenakan terhadap suspek terbabit yang berusia 43 tahun.

Menurut beliau, pertuduhan ke atas suspek dicadangkan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 298A kanun yang sama.

"Remannya akan tamat pada esok dan kita akan serahkan suspek kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

"Pada masa sama, kita akan hantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara (DPP) dalam masa terdekat," katanya kepada media hari ini.

Dalam kejadian itu, dua pengawal peribadi beragama Islam berusia 43 dan 26 tahun dibelasah majikan mereka, hanya disebabkan mangsa menjalani ibadah puasa.

Kedua- dua mangsa bukan saja dipukul bergilir-gilir menggunakan rotan malah turut diacukan pistol dan diugut oleh majikan terbabit.

Siasatan polis IPD Klang Selatan terhadap suspek utama terbabit turut membongkar pembabitannya dalam perniagaan haram iaitu aktiviti pinjaman wang tidak berlesen atau Ah Long dan perjudian.

Susulan itu, polis turut merampas 12,500 keping mata wang AS$ dan 100 jongkong emas seberat 100 Kilogram (Kg) dengan nilaian keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM28.45 juta. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran