web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bazar Ramadan Dibuka Semula, Hati-Hati Kluster Baharu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 7:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembukaan semula bazar Ramadan pada tahun ini nyata memberikan kelegaan kepada ribuan peniaga selepas setahun tidak dibenarkan beroperasi.

Tinjauan Getaran di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini mendapati, ia masih sesak dengan pengunjung walaupun dalam keadaan hujan.

Rata-rata peniaga yang ditemui melahirkan rasa syukur apabila dapat berniaga seperti biasa dan mencari sumber pendapatan pada bulan Ramadan tahun ini.

Bagi pemilik gerai Vadal Malaysia, K Thiru, 47, yang sudah berniaga selama lebih 30 tahun berkata, dia sangat menghargai keputusan kerajaan yang membenarkan mereka untuk berniaga kembali sepanjang bulan Ramadan.

“Saya berasa sangat bersyukur apabila dapat berniaga seperti biasa. Tahun lalu merupakan tahun pertama saya tidak berniaga di bazar Ramadan sepanjang 30 tahun saya berniaga dan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya kepada Getaran.

Pendapat sama turut dikongsi oleh Mohd Syarifan Mohd Zain, 21, yang memulakan perniagaan pada tahun ini akibat diberhentikan kerja ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

“Saya rasa lega sebab dapat berniaga di bazar Ramadan pada tahun ini, kerana sudah setahun saya diberhentikan kerja. Jadi selama setahun, saya berniaga macam-macam untuk menampung kehidupan harian saya dan keluarga," jelas Syarifan yang berniaga makanan panas di bazar berkenaan.

Sementara itu, bagi  Affendi Sabtu, 45 yang berniaga cendol sejak 10 tahun lalu, berkata, pembukaan semula bazar Ramadan dan Aidilfitri memberi sinar baru kepadanya dan peniaga lain.

“Alhamdulillah walaupun cuaca tak berapa mengizinkan kerana hujan, saya masih boleh meneruskan perniagaan seperti biasa.

“Ada juga di beberapa lokasi lain seperti di Kelantan, peniaga tidak dapat meneruskan perniagaan mereka dan saya amat bersimpati.

Kami di sini mendoakan agar semua peniaga dipermudahkan rezeki, serta dapat berniaga seperti biasa, sama ada dalam talian atau di rumah," kata Affendi yang berasal daripada Singapura, tetapi bermastautin di Malaysia sejak 10 tahun lalu.

Terbaru, hanya dua hari sebelum menyambut Ramadan, Kelantan mengambil langkah tegas dengan membatalkan penganjuran bazar Ramadan di negeri itu bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

Namun, di sebalik keterujaan mengunjungi bazar Ramadan bagi mendapatkan pelbagai juadah enak berbuka puasa, timbul pula persoalan, apakah ia bakal menjadi punca ledakan kluster baharu COVID-19?

Walaupun kerajaan menekankan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial, adakah ia boleh dipatuhi orang ramai memandangkan bazar Ramadan lazimnya padat dengan kehadiran pengunjung.

Sepanjang tinjauan, Bazar TTDI didapati mengikuti semua SOP ditetapkan, seperti penyediaan mesin pengimbas suhu badan, laporan MySejahtera, serta menyediakan tiga laluan utama masuk dan keluar.

Penganjur juga didapati melakukan penjarakan kedudukan gerai peniaga iaitu di antara 1.0 dan 1.5 meter, dengan peniaga mematuhi pemakaian pelitup muka.

Namun, apa yang membimbangkan, ada segelintir mereka yang mengabaikan penjarakan fizikal apabila berada rapat ketika memilih juadah, dalam keadaan yang sesak dengan pengunjung.

Terdahulu kerajaan memaklumkan beberapa aktiviti akan dibenarkan sepanjang tempoh PKP ketika Ramadan ini termasuk solat tarawih dan bazar Ramadan.

Kebenaran itu bagaimanapun didatangkan dengan peraturan yang ketat, antaranya perlu diadakan di lokasi terbuka, pengunjung perlu berdaftar dengan aplikasi MySejahtera serta penyediaan pintu masuk dan keluar yang berbeza.

Dalam keterujaan orang ramai dapat meraikan Ramadan dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan, harus diingat bahawa negara masih belum bebas dengan wabak berasal dari Wuhan, China ini.

Walaupun PKP sudah ditarik semula, negara masih berdepan kes harian COVID-19 yang tinggi meskipun pernah merekodkan bacaan terendah iaitu 941 jangkitan pada 29 Mac lalu.

Sejak itu, kes harian kembali mencecah empat angka hingga hari ini, dan sedikit sebanyak, kebenaran diberikan untuk semua bazar berkenaan beroperasi, mencetuskan kebimbangan dalam diam. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar