web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ceroboh Perairan Negara, 20 Nelayan Vietnam Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 3:31PM

20 nelayan warga Vietnam ditahan pihak berkuasa di Kudat, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT- Padah menceroboh perairan untuk mencuri hasil laut negara, 20 nelayan warga Vietnam ditahan pihak berkuasa di perairan daerah ini, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, semua suspek termasuk seorang tekong berusia antara 18 hingga 51 tahun dikesan menaiki sebuah bot nelayan dan berada pada kedudukan kira-kira 34 batu Nautika dari Tanjung Simpang Mengayau, dekat sini.

Bot nelayan yang dinaiki oleh nelayan dari Vietnam
Bot nelayan yang dinaiki oleh nelayan dari Vietnam

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, pemeriksaan turut menemui peralatan menangkap ikan dan pelbagai jenis hasil tangkapan.

"Semua nelayan terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ketika ditahan.

"Sehubungan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini secara haram," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan dalam dua operasi berasingan di perairan Pulau Bohayan, Semporna, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superintendan Mohd Yacob Murad berkata, tangkapan pertama membabitkan tiga lelaki warga Filipina berusia 24 hingga 39 tahun yang cuba menyeludup 300 liter minyak petrol dan tong gas LPG bersubsidi ke negara jiran.

"Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, sepasukan anggota bertugas berjaya mengesan suspek yang sedang dalam perjalanan menuju ke perairan Filipina membawa barang berkenaan.

"Walaupun cuba melarikan diri, pihak berkuasa berjaya memintas dan menahan bot suspek seterusnya membawa kepada penemuan barangan bersubsidi berkenaan," katanya.

Operasi kedua pula membabitkan serbuan di sebuah rumah atas air di pulau yang sama, jam 9 pagi, semalam.

Tambah Mohd Yacob, dua suspek berusia 17 dan 27 tahun ditahan selepas pihaknya menemui sebuah kotak berisi pelbagai rokok kretek, 3,815 liter minyak petrol, sejumlah wang tunai Peso.

"Jumlah keseluruhan rampasan bagi kedua-dua operasi ini bernilai hampir RM250,000," katanya. – Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar