web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Saman Pegawai Khas Bekas AG Terhadap Rewcastle-Brown

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 8:59AM

Clare Rewcastle-Brown. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak saman fitnah yang difailkan oleh pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. 

Saman itu berkaitan tiga artikel termasuk yang disiarkan oleh Sarawak Report bertajuk How AG's Office connived to prevent a second post-mortem on Kevin Morais-Exclusive Expose.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif (Mabel) gagal menterjemah artikel yang didakwa berunsur fitnah ke dalam Bahasa Melayu. 

"Pada pendapat saya, syarat bagi pliding lengkap dalam Bahasa Melayu secara asasnya adalah dikaitkan dengan keluhuran bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan.

"Justeru itu, peruntukan berkaitan adalah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Aturan 92 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012," katanya.

Beliau berkata, mahkamah juga mendapati terdapat inferens yang dibuat oleh plaintif mengenai maksud sebenar artikel berunsur fitnah itu, bagaimanapun masih tiada terjemahan yang diperakui bagi artikel itu ke dalam Bahasa Melayu. 

"Berdasarkan ini sahaja, saya terpaksa memutuskan bahawa kecacatan yang berlaku adalah amat asas sehingga tidak membolehkan saya membenarkan tuntutan plaintif," katanya.

Raja Ahmad Mohzanuddin juga berkata, mahkamah mendapati artikel pertama yang dipertikai adalah jelas memfitnah plaintif jika defendan (Rewcastle-Brown) tidak membangkitkan bantahan teknikal itu pada peringkat awal prosiding.

"Artikel itu secara jelas mencadangkan bahawa plaintif terlibat dalam satu konspirasi di peringkat tertinggi untuk menipu keluarga mendiang Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais berhubung hak mereka kepada laporan bedah siasat kedua yang bebas," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, plaintif tidak berhak mendapat sebarang ganti rugi susulan penerbitan artikel berunsur fitnah itu akibat kegagalan menyediakan terjemahan yang diperakui dalam Bahasa Melayu. 

"Oleh itu, mahkamah menolak saman ini dengan kos RM15,000," katanya.

Mabel, yang telah bersara sebagai Hakim Mahkamah Sesyen, memfailkan saman itu terhadap Rewcastle-Brown pada 2019 berhubung artikel yang didakwa mengaitkan beliau dengan mesej teks dihantar kepada keluarga mendiang Morais, yang dibunuh pada September 2015.

Beliau menafikan dakwaan yang disiarkan dalam artikel itu dan memulakan tindakan saman bagi menuntut ganti rugi daripada Rewcastle-Brown serta perintah agar ia dikeluarkan daripada laman sesawang Sarawak Report.

Mabel diwakili peguam Datuk David Gurupatham manakala peguam Guok Ngek Seong mewakili Rewcastle-Brown. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran