web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 12:37PM

Muhamad Zaki Harun - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Polis Kelantan menggunakan kenderaan berperisai AFV Commando V150 untuk memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan kejadian letupan bom dan tembakan di Pasemas, Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, aset milik Pasukan Gerakan Am (PGA) itu memulakan rondaan sejak Khamis lepas di kawasan Pos Ular, Pos Pisau Raut, Pos Naga lbu dan Kuala Jambu di Tumpat dengan kekuatan seorang pegawai dan 13 anggota.

"Kenderaan digunakan ini jelas menunjukkan kita sentiasa peka terhadap apa jua insiden yang berlaku di sempadan," katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini.

Dalam pada itu Muhamad Zaki berkata pihaknya setakat ini belum menerima permohonan secara rasmi daripada polis Thailand bagi mendapatkan sebarang maklumat berhubung nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit dalam insiden letupan bom tersebut.

Dalam kejadian 12.05 tengah malam pada 29 April lepas, empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom yang dipercayai diletakkan penjenayah di Kampung Pasemas, Sungai Golok.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan dilapor berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian menemukan sebuah kenderaan sedan berwarna putih yang mempunyai nombor pendaftaran negara jiran. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad