web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Nahas Helikopter Cedera, Patah Tulang Paha - Bomba Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 5:29PM

Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa helikopter terhempas di Cameron Highlands. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam mangsa nahas helikopter di Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi disahkan mengalami kecederaan, termasuk patah di bahagian paha.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Komander Operasi Shahrulnizam Nasir berkata, kesemua mangsa diberikan rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa keluar ke kawasan yang lebih selamat.

Menurut beliau, operasi bagaimanapun masih berjalan di lokasi.

“JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan melibatkan helikopter jenis Eurokopter AS 355 F2 sekitar jam 1.15 tengah hari.

“Pesawat yang membawa petugas kesihatan itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hutan Brinchang akibat cuaca buruk,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, sebuah helikopter swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk doktor terpaksa melakukan pendaratan cemas ketika sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Kelantan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Getaran berkata, mangsa telah menghubungi pasukan keselamatan untuk memaklumkan mengenai kejadian dan kini pasukan penyelamat sudah diatur gerak ke lokasi untuk menyelamatkan mereka.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kejadian berpunca apabila helikopter dinaiki mengalami masalah akibat cuaca buruk di lokasi, sehingga memaksa juruterbangnya mengambil keputusan untuk melakukan pendaratan.

“Bagaimanapun, difahamkan ketika cuba melakukan pendaratan, helikopter tersebut tersangkut pada pokok di kawasan hutan,” katanya. - Getaran, 26 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar