web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Daerah PKP Kelantan Dibenar Laksana Solat Fardhu, Tarawih dan Jumaat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 8:44AM

Solat tarawih, fardhu dan Jumaat dibenarkan di 7 daerah yang berdepan pelaksanaan PKP di Kelantan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU – Semua aktiviti membabitkan solat tarawih, fardhu dan Jumaat masih dibenarkan walaupun di tujuh daerah yang berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu bermula tengah malam tadi hingga 29 April ini, dan ia turut membabitkan sebarang aktiviti pengimarahan masjid.

Menurut beliau, tujuh daerah yang beroleh kebenaran itu adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Bachok, seperti diperkenankan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Semua aktiviti berkenaan katanya, dibenarkan mengikut kapasiti iaitu 70 peratus jemaah di masjid negeri, bandar dan jajahan, dengan penjarakan fizikal satu meter antara satu sama lain.

"Masjid mukim, surau dan musolla pula dibenarkan dengan kehadiran 50 peratus jemaah mengikut kapasiti dan penjarakan fizikal satu meter.

"Solat tarawih boleh dilaksanakan lapan rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek,  tidak lebih daripada empat puluh lima minit, tidak termasuk solat Isyak,” katanya.

Tengku Mohamad Rizam bagaimanapun berkata, penganjuran sesi tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan semua solat sunat.

“Tazkirah hanya dibenarkan untuk sesi solat Subuh dan Asar, manakala tadarus Al Quran dibolehkan mengikut kapasiti dibenarkan,” katanya.

Turut dilarang jelas beliau, ialah jamuan berbuka puasa, bersahur dan moreh, yang lazimnya diadakan selepas solat tarawih.

Katanya, masjid, surau dan musolla bagaimanapun boleh menyediakan menu berbuka, bersahur serta moreh secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

“Khidmat imam dan penceramah dari luar Kelantan tidak dibenarkan untuk solat tarawih serta program Ihya Ramadan.

"Jemaah digalakkan untuk mengambil wuduk di rumah masing-masing manakala bagi jajahan tidak terbabit PKP seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli, mereka perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Katanya, MAIK berharap kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini. 

“SOP yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musolla.

“Tindakan sewajarnya, akan diambil ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi SOP ditetapkan,” tegasnya. – Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad