web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Subkontraktor DASH Tidak Dibayar: LLM Digesa Adakan Pertemuan Segera, Selesaikan Tunggakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 8:33PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk segera mengadakan pertemuan dengan pemegang konsesi dan kontraktor utama, berhubung isu tunggakan pembayaran kepada kontraktor mengenai pembinaan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH).

Menurut KKR, pertemuan itu juga perlu dihadiri subkontraktor yang terjejas akibat daripada tunggakan pembayaran kepada mereka.

Katanya, ia perlu dilakukan bagi memastikan segala pembayaran tertunggak diselesaikan secepat mungkin, seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“KKM mengambil maklum tentang aduan beberapa kontraktor mengenai pembayaran lewat bagi kerja DASH.

“Kami juga mengambil maklum tentang kontraktor yang terjejas berikutan tunggakan bayaran bagi lebuh raya yang baru dibuka, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE),” menurutnya menerusi kenyataan hari ini.

KKR memaklumkan, bagi mengelakkan kekeliruan, pemegang konsesi adalah pihak bertanggungjawab terhadap semua pembayaran kepada kontraktor dan bukannya kerajaan.

“Bagi kedua-dua  lebuh raya ini, pemegang konsesi DASH dan SUKE adalah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd atau PROLINTAS.

“Di bawah perjanjian konsesi dimeterai, LLM memiliki kuasa kawal selia bagi mengaudit bajet untuk lebuh raya terbabit dan melakukan intervensi’,” katanya.

Terdahulu, timbul dakwaan kononnya hutang kepada segelintir subkontraktor projek Lebuhraya DASH belum dibayar sehingga menyebabkan kesukaran komuniti terlibat.

Peguam mewakili subkontraktor terbabit, Mathew Thomas Philip berkata, beliau akan membantu mereka mendapatkan kembali hutang didakwa lebih RM80 juta.

DASH dibuka secara rasmi pada 14 Oktober lalu dengan pelancarannya disempurnakan Ismail Sabri.

Lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer (km) itu menghubungkan tiga lebuh raya utama melalui Koridor Guthrie (GCE); Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT). - Getaran 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Subkontraktor DASH Berdepan Kebankrapan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sesi Libat Urus Perluas Sistem Pembayaran Terbuka Lebuh Raya - Salahuddin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

KKR Siasat Kemalangan NKVE Akibat Pemandu Didakwa Keliru Garis Kuning, Putih Bertindih

4

Semasa 3 tahun yang lalu

94 Lokasi Bencana Dikenal Pasti Di Seluruh Negara - Nanta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek