web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sesi Libat Urus Perluas Sistem Pembayaran Terbuka Lebuh Raya - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 7:12PM

KPDN bersetuju mengadakan sesi libat urus dengan KKR dan MOT untuk meluaskan sistem pembayaran terbuka kepada Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga kementerian akan berbincang dan berganding bahu dalam rancangan mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka di lebuh raya dalam negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kementeriannya (KPDN) telah bersetuju mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meluaskan sistem pembayaran terbuka kepada Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

"Libat urus ini berterusan, terutamanya dengan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya semua lebuh raya menggunakan sistem terbuka, dengan itu cara pembayaran biasa seperti kad debit dan kredit boleh juga digunakan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart di sini hari ini.

Katanya beliau menerima maklumat bahawa sudah ada pemain industri sedia menawarkan sistem berkenaan, yang akan membolehkan pengguna lebuh raya memilih sistem pembayaran semasa di lebuh raya nanti.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata lebuh raya yang akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya September ini ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

Sementara itu, menyentuh isu monopoli Touch N Go dalam pengangkutan dan jalan raya, Salahuddin berkata usaha mengintegrasi sistem pembayaran terbuka itu bukan bermakna kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan.

"Perkara ini perlu jelas, bahawa kita tidak ambil tindakan terhadap Touch N Go, mereka boleh terus beroperasi. Kerajaan tidak zalim menghentikan terus operasi mereka," katanya.

Terdahulu Saifuddin melancarkan kempen Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speed Mart di bawah inisiatif Payung Rahmah yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini hingga 22 April depan di 2,300 cawangan 99 Speed Mart seluruh negara.

Beliau berkata jualan itu melibatkan 150 produk pelbagai barangan keperluan asas, pada harga yang lebih rendah sehingga 40 peratus berbanding harga jualan murah sedia ada.

"KPDN berharap usaha seumpama ini mampu menarik perhatian rakyat khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti, seiring dengan jenama produk yang ditawarkan sempena bulan berpuasa ini," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam