web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKR Siasat Kemalangan NKVE Akibat Pemandu Didakwa Keliru Garis Kuning, Putih Bertindih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 12:09PM

Alexander Nanta Linggi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sudah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan berhubung kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) yang didakwa berpunca daripada kekeliruan pemandu, susulan pertindihan dua garisan jalan berbeza warna.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal melalui pemeriksaan dijalankan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam, Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah dimaklumkan mengenai beberapa perkara.

“Pihak DASH sudah mengenal pasti kawasan perlu ditambahbaikkan melalui proses blackening (menghitamkan pertindihan garisan) sebelum sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina.

“DASH sudah mula melakukan proses blackening bermula malam semalam dan akan melihat secara keseluruhan kadar blackening diperlukan. Ia dijangka siap sepenuhnya dalam tiga malam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Alexander berkata, pihak LLM, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak di NKVE, terutama lane marking (tanda laluan) kuning dan putih supaya lebih teratur, selain jelas serta selamat untuk dilalui kepada pengguna.

“Saya sudah menekankan perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.

“Pada masa sama, saya juga menyeru semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab kita bersama,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 15 saat dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan kemalangan membabitkan dua kereta itu berhampiran susur keluar Kota Damansara.

Menerusi video yang asalnya dikongsikan pengguna Twitter, farhanAhmad04 itu, kereta berwarna hitam yang berada di laluan kiri sedang melepasi kereta berwarna putih yang berada di tengah.

Namun, ekoran didakwa terkeliru dengan garis laluan yang bertindih, kereta hitam itu secara tiba-tiba cuba mengelak kereta berwarna putih terbabit, sebelum hilang kawalan dan kedua-duanya berlanggar.

Pelanggaran berkenaan menyebabkan kereta hitam itu terlanggar kon batu berhampiran pembahagi jalan di sebelah kiri, manakala kereta putih merempuh pembahagi di tengah jalan. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad