Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Subkontraktor DASH Berdepan Kebankrapan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 9:58AM

Tahun lepas The Vibes melaporkan bahawa subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) masih tidak mendapat bayaran kira-kira RM80 juta - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika pihak yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bernilai RM4.2 bilion masih bergelut dengan proses timbang tara, subkontraktor terjerat dengan sebahagiannya sudah menerima notis kebankrapan.

Salah seorang daripada mereka yang bercakap kepada The Vibes berkata, dia baru sahaja menerima notis kebankrapan.

Tahun lepas The Vibes melaporkan bahawa subkontraktor masih tidak mendapat bayaran kira-kira RM80 juta.

Pada Jun 2021, The Vibes melaporkan pertikaian undang-undang antara kontraktor turnkey, Turnpike Synergy Sdn Bhd, dimiliki oleh pemaju DASH, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dan kontraktor utama, Panzana Enterprise Sdn Bhd boleh menyebabkan bekas subkontraktor terbabit mengalami kerugian sebanyak RM100 juta.

Panzana mengendalikan semua pembayaran kepada kontraktor sehingga mereka ditamatkan perkhidmatan dan Turnpike mengambil alih tanpa menandatangani perjanjian baharu dengan kontraktor terbabit.

Sebuah konsortium kontraktor, Melima Consortium kini menyaman Turnpike Synergy untuk tunggakan hutang sebanyak RM100 juta.

Pengarah Khajahari Construction Sdn Bhd, Bemin Kannan berkata, dia dibiarkan menanggung kerugian dan tidak dapat membayar pembekalnya, sebuah syarikat kerja kuari.

“60 peratus daripada wang saya tersangkut dengan Panzana manakala 40 peratus daripada jumlah tertunggak adalah dengan Turnpike Synergy Sdn Bhd.

“Syarikat saya mendapat petisyen gulung tikar pada Disember lalu dan menerima notis garnishee pada April tahun lepas selepas saya gagal menjelaskan bayaran sekitar RM270,000 kepada pembekal saya,” katanya mendakwa Panzana berhutang dengan syarikatnya kira-kira RM6 juta.

Pembinaan DASH dibahagikan antara lapan kontraktor pakej kerja (WPC) melalui proses tender terbuka, yang seterusnya melantik pelbagai subkontraktor dan pembekal untuk menyiapkan projek tersebut.

Pembinaan DASH dibahagikan antara lapan kontraktor pakej kerja (WPC) melalui proses tender terbuka, yang seterusnya melantik pelbagai subkontraktor dan pembekal untuk menyiapkan projek tersebut - Gambar Fail
Pembinaan DASH dibahagikan antara lapan kontraktor pakej kerja (WPC) melalui proses tender terbuka, yang seterusnya melantik pelbagai subkontraktor dan pembekal untuk menyiapkan projek tersebut - Gambar Fail

Laluan utama jajaran DASH sepanjang 20.1 kilometer (km) itu menghubungkan Puncak Perdana ke Penchala.

Lebuh raya baharu itu yang mula dibina pada 2016, mula beroperasi pada 14 Oktober tahun lalu.

Bemin berkata, pada Jun 2020 terdapat mesyuarat yang dihadiri oleh semua subkontraktor dan kontraktor utama.

“Turnpike meminta kami semua menyambung kerja dan mereka memaklumkan akan membayar kami sehingga selesai dan bukannya menunggu bayaran daripada Panzana.

“Pada mesyuarat itu, ia turut dihadiri Turnpike, perunding DASH dan semua subkontraktor lain. Mereka (Turnpike) berkata akan membuat bayaran terus kepada kami.

"Mereka berjanji untuk membayar (kami) apa sahaja hutang Panzana kepada kami, ia telah diminitkan tetapi tidak ada surat daripada Turnpike," katanya menjelaskan bahawa firmanya bertanggungjawab untuk kerja tanah beberapa segmen pembinaan lebuh raya bertingkat itu.

Bemin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah titik perubahan yang melebarkan had Khajahari dan kapasiti beberapa subkontraktor.

“Kami meneruskan sehingga Mac (2021) apabila kami mendapat surat daripada Panzana bahawa mereka telah ditamatkan perkhidmatan.

“Kami keliru dan untuk tuntutan saya dari Jun 2020 hingga Mac 2021 sebanyak RM1 juta, saya hanya mendapat RM500,000 dan Turnpike bayar sehingga Disember 2020 dan kemudian ia berhenti.

“Siapa yang bertanggungjawab untuk itu? Jika Turnpike tidak ada kaitan dengan Khajahari, maka mengapa anda membayar kami sejak awal?” soalnya.

Seorang lagi kontraktor yang enggan namanya didedahkan berkata, masalah yang berlarutan itu tidak selari dengan slogan kerajaan prihatin seperti yang dipropagandakan oleh pentadbiran hari ini.

Seorang lagi kontraktor yang enggan namanya didedahkan berkata, masalah yang berlarutan itu tidak selari dengan slogan kerajaan prihatin seperti yang dipropagandakan oleh pentadbiran hari ini - Gambar Fail
Seorang lagi kontraktor yang enggan namanya didedahkan berkata, masalah yang berlarutan itu tidak selari dengan slogan kerajaan prihatin seperti yang dipropagandakan oleh pentadbiran hari ini - Gambar Fail

Dia mengimbau kembali kenyataan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof tahun lalu yang memaklumkan beliau telah memutuskan untuk tidak akan mencampuri urusan tersebut.

Fadillah ketika menjadi Menteri Kerja Raya dipetik sebagai berkata, kerajaan tidak akan campur tangan dalam pertikaian itu kerana isu kontrak dan undang-undang.

“Kita harap dasar ini berubah dan kita akan lihat kerajaan mengambil pendekatan yang lebih pro-aktif dalam menyelesaikan isu ini yang memberi kesan kepada kehidupan ramai,” katanya.

 

 'Turnpike melepaskan tugas dan tanggungjawabnya'

Pada Oktober tahun lalu, PROLINTAS menjelaskan bahawa Turnpike telah melaksanakan tugas dan obligasinya sebagai kontraktor utama yang bertanggungjawab dengan membuat pembayaran ke atas semua tuntutan berkaitan yang disahkan, diperakui dan dipersetujui bersama antara lapan kontraktor pakej kerja dan perunding.

“Sebarang tuntutan, dakwaan tidak membayar, atau pertikaian akan ditangani melalui proses yang ditetapkan dalam kontrak antara semua pihak termasuk penyelesaian melalui timbang tara antara Turnpike dan kontraktor terbabit,” katanya.

Namun Bemin mempersoalkan mengapa Turnpike berurusan terus dengan kontraktor dan bukan dengan Panzana.

Menurutnya, ramai subkontraktor terlibat dalam pertikaian undang-undang yang panjang selepas pembukaan DASH, November lalu.

Bemin turut mempersoalkan keputusan PROLINTAS dalam menamatkan Panzana pada suku pertama 2021 dan menganugerahkan syarikat baharu dengan nilai kontrak lebih tinggi.

“Ia adalah sesuatu yang luar biasa apabila kontraktor utama telah menyelesaikan 90 peratus kerja dan menerima (notis) penamatan.

“Kemudian, mereka menggantikan Panzana dengan syarikat baharu dan syarikat baharu itu meminta kami memberikan sebut harga,” katanya.

Pegawai PROLINTAS ketika ditemui enggan mengulas mengenai perkara itu dan memaklumkan  ia masih dalam proses timbang tara. - The Vibes, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kenapa Nak Gaduh, Semua Orang Nak Cepat

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM