web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


94 Lokasi Bencana Dikenal Pasti Di Seluruh Negara - Nanta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 2:41PM

Sebanyak 61 lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (19 lokasi), jalan runtuh (lima lokasi), jalan mendap (enam lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga lokasi) - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 94 lokasi bencana berlaku seluruh negara setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata daripada jumlah itu ia membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak.

"Sebanyak 61 lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (19 lokasi), jalan runtuh (lima lokasi), jalan mendap (enam lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga lokasi).

"Enam daerah masing-masing di Terengganu dan Kelantan mencatatkan kawasan yang paling banyak terjejas akibat bencana, diikuti masing-masing empat daerah di Pahang dan Negeri Sembilan, masing-masing dua daerah di Kedah dan Johor serta masing-masing satu daerah di Perak dan Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Jambatan Kusial, di sini hari ini, susulan berlaku runtuhan dan hakisan tebing di bawah jambatan terbabit.

Nanta bagaimanapun berkata jumlah kerugian akibat bencana berkenaan belum diperoleh kerana pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat.

"Kita akan segera baik pulih di lokasi terjejas akibat bencana dengan memberi tumpuan di kawasan seperti Batang Kali, Selangor," katanya.

Mengulas mengenai tinjauan beliau di Kelantan, Nanta berkata pembaikan segera akan dilakukan di laluan Persekutuan FT003 di Seksyen 664.00 iaitu laluan Kota Bharu-Kuala Terengganu akibat ditenggelami air pada Ahad lalu melibatkan anggaran kos berjumlah RM850,000.

"Bagi struktur jambatan Kusial di Tanah Merah pula, ia tidak terjejas dan laluan jambatan dibuka kepada pengguna walaupun berlaku runtuhan dan hakisan tebing pada pile cap di bawah jambatan itu berikutan hujan lebat Ahad lalu di jalan Persekutuan FT004 Seksyen 281.50 Machang-Jeli.

"Namun begitu, pemantaun rapi serta pemeriksaan secara fizikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan konsesi tetap dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna," katanya.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pengurusan maklumat kejadian bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak serta runtuh yang melibatkan jalan di bawah seliaan JKR seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Diteruskan Sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad