web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Diteruskan Sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 8:37PM

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga Ayer Hitam.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pertambahan sebanyak 17 kilometer (km) itu menjadikan keseluruhan projek pelebaran kepada 37km tanpa membabitkan sebarang kos tambahan.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini sudah memperuntukkan RM931 juta bagi projek berkenaan membabitkan jarak dari Sedenak hingga Simpang Renggam.

"Saya ingin memaklumkan bahawa dengan kos RM931 juta, projek ini bukan hanya dari Sedenak sampai Simpang Renggam tetapi ia sehingga simpang Ayer Hitam.

"Kita dalam proses kajian nilai (VA) supaya boleh lanjut pelebaran itu kerana peruntukan besar ini boleh sehingga simpang Ayer Hitam dengan projek akan bermula tahun ini," katanya ketika mengulas mengenai perkembangan projek berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor, yang turut dihadiri Pengarah JKR Johor, Abu Bakar Abd Aziz.

Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan projek pelebaran Lebuh Raya PLUS daripada empat kepada enam lorong itu dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan melibatkan kos RM931 juta.

Setakat ini, laluan enam sehingga lapan lorong di lebuh raya PLUS dari Kuala Lumpur ke selatan berakhir di Melaka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Kerja Penyelenggaraan Pada Hari Mengundi Bagi Pastikan Trafik Lancar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Sekali Lagi Saya Tekankan, Henti Serta-Merta Kerja Penyelenggaraan Lebuh Raya’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

94 Lokasi Bencana Dikenal Pasti Di Seluruh Negara - Nanta

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad