web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Sekali Lagi Saya Tekankan, Henti Serta-Merta Kerja Penyelenggaraan Lebuh Raya’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 1:06PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) sekali lagi menegaskan semua kerja penyelenggaraan jalan di lebuh raya diarahkan dihentikan serta-merta.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, arahan tersebut berkuatkuasa 18 April hingga 7 Mei depan bagi memastikan kelancaran trafik di lebuh raya sempena Aidilfitri.

“Sekali lagi saya tekankan, semua kerja-kerja penyelenggaraan jalan di lebuh raya dihentikan serta merta berkuatkuasa 18 April hingga 7 Mei ini.

“Ia bagi memastikan kelancaran lebuh raya di musim perayaan ini,” katanya menerusi ciapan ringkas di Twitter, hari ini.

Pada Isnin lalu, lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah ke Pantai Timur berhampiran Bentong mengalami kesesakan teruk akibat kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.

Susulan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta menangguhkan dan menjadual semula kerja-kerja penurapan atau penyelenggaraan jalan raya bagi mengelakkan kesesakan tambahan sepanjang musim perayaan ini. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sepanjang musim perayaan trafik lalu lintas akan meningkat di semua lebuh raya terutamanya yang menghala keluar Lembah Klang, oleh itu, lebih baik menangguhkan dahulu kerja-kerja penurapan jalan. 

Sebagai respons kepada perkara itu, Alexander mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya serta-merta bermula 18 April hingga 7 Mei ini.

Katanya, ia bagi membolehkan kelancaran aliran trafik susulan orang ramai dijangka mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

“Saya sudah arahkan, serta-merta dari hari ini (18 April) dan sudah dipersetujui oleh syarikat konsesi, supaya tidak ada kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan (di lebuh raya) mulai 18 April sehingga 7 Mei depan.

“Kita ambil masa panjang (tangguh kerja penyelenggaraan) supaya ia tidak ganggu perjalanan pengguna di jalan raya. Kita akui kerja itu perlu untuk memastikan keadaan jalan raya kita berada pada tahap terbaik, tapi (buat masa ini), kerja (penyelenggaraan ini) tangguh dulu.

“Ia (penangguhan) supaya tidak ganggu perjalanan pengguna jalan raya semasa perayaan ini. Semua syarikat konsesi lebuh raya bermula hari ini hingga 7 Mei,” katanya.

Bagi jalan persekutuan pula, beliau berkata, kementerian turut mengharapkan syarikat dan kontraktor yang terbabit dalam mengendali kerja-kerja penyelenggaraan laluan berkenaan dapat mengambil langkah sama.

“Cuma bagi kerja membabitkan hal kecemasan dan mendesak, ia masih boleh diteruskan dan kita berharap ia tidak sehingga mengganggu serta menjejaskan aliran trafik. Kalau ada keperluan kerja kecemasan kena buat, tak mengapa.

“Namun, kita minta cuba elakkan (kerja penyelenggaraan mengganggu, jejas kelancaran lalu lintas) sebaik mungkin. Elakkan kerja-kerja yang boleh mengganggu penggunaan jalan itu.

“Kita minta jangan buat kerja penyelenggaraan (sepanjang cuti perayaan), cuma untuk kerja-kerja kecemasan yang memang perlu dibuat,” katanya. – Getaran, 20 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Diteruskan Sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar