web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kerja Penyelenggaraan Pada Hari Mengundi Bagi Pastikan Trafik Lancar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 1:25PM

Kementerian Kerja Raya beri jaminan tiada kerja penyelenggaraan di lebuh raya menjelang hari pengundian. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG -- Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan tiada gangguan aliran trafik berlaku di lebuh raya akibat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan, termasuk di projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) menjelang hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, pada 12 Ogos ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya menjangkakan kenderaan perantau akan mula memasuki daerah ini pada 11 Ogos, justeru kerja-kerja pembinaan akan dihentikan lebih awal. 

“Semua lebuh raya kita minta tidak ada kerja yang boleh menyebabkan trafik tergendala sekurang-kurangnya seminggu sebelum PRN,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Projek LTU di Kilometer 251 (FT008) berhampiran jambatan Felda Chiku 3 di sini, semalam.

Beliau berkata Kementerian Kerja Raya sentiasa membuat pemantauan ke atas projek LTU yang melibatkan jarak perjalanan lebih 360 kilometer demi keselesaan pengguna jalan raya yang lain dan pembinaan LTU yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) menuju ke Kelantan, berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata pengguna jalan raya akan menghadapi sedikit gangguan trafik selama dua hari di kawasan Felda Chiku sehingga ke Paloh (FT008) pada 1 hingga 2 Ogos ini, berikutan kerja-kerja pemasangan lima rasuk jambatan baru merentasi Sungai Chiku bagi projek LTU Pakej 2 Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Seksyen 2B: Paloh 2 Ke Bukit Sejuk.

Katanya sebagai alternatif pengguna boleh menggunakan jalan FT 1744 (Jalan Felda Aring) bagi laluan Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Walau bagaimanapun pemasangan rasuk tersebut tidak akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk memandangkan ia tidak dilaksanakan pada waktu puncak, sebaliknya akan dilakukan secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan,” katanya.

Abdul Rahman berkata pakej ini adalah satu daripada projek cepat dilaksanakan bagi kemudahan rakyat Pantai Timur khususnya dari Kota Bharu, Kuala Krai, Gua Musang dan terus ke Lipis, Raub dan Bentong.

“Kita sebenarnya sasarkan siap selewatnya awal 2026 yang melibatkan semua pakej daripada Kota Bharu sehinggalah ke lebuh raya Karak Kuala Lumpur atau Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong,” katanya. -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad