web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelumba Drag Apeh Jamal Selamat Dikebumikan Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 2:42PM

Datuk Jamaluddin Abdul Rahim (tiga, kanan) bapa Allahyarham Muhamad Hafez Jamal menyiram air di pusara anaknya setelah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Aman Jaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pelumba drag yang maut ketika menyertai perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu di Gong Badak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di sini hari ini.

Jenazah Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, dikebumikan pada 10.10 pagi yang turut dihadiri kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga dan rakan-rakan.

Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Muttaqin Taman Meru di sini pada 9 pagi tadi.

Sebelum itu, jenazah selamat tiba di kediaman keluarganya di Puncak Meru di sini dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat.

Allahyarham yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik meninggalkan isteri, Norhasyimah Shairi, 37, dan empat anak berusia 18, 11, sembilan dan satu tahun.

Dalam kejadian kira-kira 11.35 pagi semalam, Muhamad Hafez Jamal memandu kereta Mitsubishi Lancer Evo dikatakan bersendirian melakukan sesi perlumbaan dalam satu acara.

Insiden itu menyebabkan siri perlumbaan yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas dan dijadualkan tamat hari ini dibatalkan serta-merta semalam, oleh pihak penganjur.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din yang mengesahkan kejadian itu berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar