web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Siasat Video Lelaki Dera Dua Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 3:50PM

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki mendera dan mengugut bunuh dua kanak-kanak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - “Matilah Anak Si Ida! Bunuh dua dua ini!”

Itu antara kata-kata kesat dilemparkan seorang lelaki dalam video penderaan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang tular di media sosial sejak semalam.

Tidak cukup dengan ugutan, lelaki yang layak digelar binatang itu seolah-olah hilang akal apabila berkali-kali memijak kaki, perut, leher dan kepala dua kanak-kanak dipercayai pasangan adik-beradik, dianggarkan berusia antara tiga hingga lima tahun.

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di Facebook OrangKunak itu, kejadian dikatakan berlaku di Ulu Balung, dekat sini, baru-baru ini.

Menerusi dua video, masing-masing berdurasi 16 dan 26 saat, suspek turut kelihatan mengacukan senjata tajam dipercayai pisau sambil memijak dua kanak-kanak malang berkenaan, dengan mengugut mahu membunuh mereka.

Difahamkan, suspek, 20-an telah menculik dua kanak-kanak terbabit yang juga dikatakan anaknya selepas mengalami masalah rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan polis mengenainya.

“Aduan dibuat seorang pengguna media sosial yang bimbang keselamatan dua kanak-kanak terbabit, selepas video dan gambar berkaitan tular sejak semalam.

“Bagaimanapun, kami masih menyiasat perkara ini termasuk kesahihan video dan gambar berkenaan,” katanya ketika ditemui Getaran, hari ini.

Menurut Peter, beliau juga sudah mengarahkan pegawai dan anggota bertugas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta lebih ramai pihak tampil menyalurkan maklumat bagi membantu merungkai kes tersebut. - Getaran, 14 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar