web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guan Eng Tuntut Ganti Rugi RM20 Juta Terhadap Raja Petra

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2021 2:54PM

Guan Eng (dua dari kanan) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menuntut ganti rugi am sebanyak RM20 juta dalam kes saman fitnahnya terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin berhubung beberapa siri artikel dakwaan rasuah dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Guan Eng, 61, selaku plaintif, berkata sebanyak 20 artikel telah disiarkan dalam kedua-dua versi bahasa Inggeris dan Melayu oleh portal Malaysia Today milik Raja Petra bermula Februari 2019.

“Saya menuntut ganti rugi RM1 juta bagi setiap artikel. Siri artikel itu telah dikongsi oleh pengguna internet dan artikel itu masih belum diturunkan (padam) lagi oleh defendan (Raja Petra),” katanya ketika memberi keterangan pada prosiding taksiran ganti rugi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Arief Emran Arifin hari ini.

Guan Eng berkata semasa artikel itu diterbitkan, beliau memegang jawatan penting sebagai Menteri Kewangan dan pemfitnahan itu adalah khusus kepada khidmatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Nama baik dan reputasi saya tercemar secara teruk, lagipun defendan menyatakan sumber beliau adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini telah merosakkan kewibawaan dan karakter saya,” katanya yang turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan masing-masing berjumlah RM500,000.

Sementara itu, peguam Simon Murali, yang mewakili Guan Eng dalam hujahannya, berkata Malaysia Today adalah portal dalam talian percuma dan boleh diakses oleh sesiapa, malah setiap artikel yang diterbitkan boleh dikongsi oleh pembaca.

"Tiada keraguan bahawa penyebaran dan penerbitan melalui internet adalah secara global dan boleh dilihat oleh sesiapa di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi pernyataan fitnah ini menyasarkan Menteri Kewangan ketika itu.

“Tempoh penyebaran merangkumi sebulan, di mana pernyataan-pernyataan fitnah diterbitkan secara bersiri. Oleh itu, amaun ganti rugi am berjumlah RM1 juta bagi setiap artikel adalah munasabah,” kata peguam itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 April untuk plaintif memfailkan hujahan tambahan dan keputusan bagi taksiran ganti rugi ditetapkan pada 25 Mei ini menerusi aplikasi Zoom.

Pada 28 Februari tahun lepas, Guan Eng memperoleh penghakiman ingkar selepas Raja Petra tidak memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan terhadapnya.

Guan Eng memfailkan saman fitnah pada 6 September 2019 berhubung satu siri artikel  ‘Dari Fail SPRM’ yang disiarkan dalam kedua-dua versi bahasa Inggeris dan Melayu oleh portal Malaysia Today milik Raja Petra antara 24 Februari dan 15 Mac 2019.

Setiausaha Agung DAP itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar selepas Raja Petra gagal memberikan maklum balas terhadap notis saman yang diiklankan Guan Eng melalui tiga akhbar pada 10 Februari 2020.

Sebelum itu, Guan Eng cuba menyerahkan writ saman dan penyataan tuntutan kepada Raja Petra melalui perkhidmatan peribadi di alamat terakhir penulis blog tersebut yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya namun gagal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad