web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anas Alam Enggan Lanjut Kontrak CEO ProtectHealth

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 9:02AM

Anas Alam (kiri) enggan menyambung kontrak dengan anak syarikat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencuba peluang lain. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProtectHealth Corp (PHC), Datuk Anas Alam Faizli berkata, beliau enggan menyambung kontrak dengan anak syarikat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencuba peluang lain.

Anas, yang kontraknya dengan PHC berakhir Sabtu lalu, memberitahu The Vibes bahawa beliau telah menjalankan tugasnya sebagai CEO sehingga kontraknya tamat pada 1 Oktober.

“Saya menolak lanjutan kontrak yang ditawarkan ProtectHealth untuk mencuba peluang lain.

“Saya telah berkhidmat sehingga kontrak saya tamat pada 1 Oktober,” kata Anas yang turut ditanya sama ada pengundurannya dari PHC disebabkan perselisihan dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, namun spekulasi itu dinafikan beliau.

Anas pula berkata, beliau yakin ProtectHealth akan terus berada di barisan hadapan menerusi perkongsian awam-swasta dalam penjagaan kesihatan.

“ProtectHealth akan melaksanakan setiap tugas yang dimandatkan oleh KKM dan kekal sebagai sebahagian besar daripada rancangan masa depan kementerian,” kata Anas.

Pada 30 September lalu, Khairy menggunakan media sosialnya mencari individu berkelayakan untuk mengisi jawatan tertinggi dalam PHC.

Menurut Business Today, beliau menerusi Twitternya menandakan nama @KKMPutrajaya, akaun rasmi KKM Malaysia memaklumkan “jawatan CEO di anak syarikat @Protecthealthco (PHC) akan dikosongkan.

"Memerlukan pemimpin berkaliber yang akan dapat mengemudi PHC ke fasa seterusnya melibatkan pembelian strategik perkhidmatan perubatan dan pembiayaan kesihatan."

Ciapan oleh Khairy dibuat sejurus selepas PHC menyiarkan jawatan kosong itu di Twitternya.

Pengumuman oleh PHC pada 30 September lalu bagaimanapun telah dipadamkan di Twitter.

Bagaimanapun, tawaran untuk jawatan CEO masih kelihatan di laman webnya.

ProtectHealth Corp Sdn Bhd ditubuhkan pada 19 Disember 2016 sebagai anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia (PHM) di bawah KKM.

Sebagai sebuah syarikat bukan keuntungan, ProtectHealth menyelaras, mentadbir dan mengurus inisiatif berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti yang diamanahkan oleh KKM.

Anas, yang menyertai PHC sebagai CEO pada Oktober 2020, mengetuai syarikat itu dalam memastikan penduduk Malaysia diberi vaksin COVID-19 dan mengubah syarikat berkenaan menjadi peneraju penjagaan kesihatan.

Beliau dikenali sebagai peneraju perniagaan yang inovatif dalam penjagaan kesihatan, pengurusan kemudahan aset, minyak dan gas, serta industri tenaga dengan lebih 20 tahun pengalaman korporat dengan pendedahan antarabangsa.

Sebelum ini beliau memegang kepentingan strategik dan peranan penglibatan industri dengan UEM Edgenta Bhd dan mengetuai operasi penyelenggaraan lebuh raya di Lebuhraya Utara-Selatan. – The Vibes, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

KDA FC Umum Shahrul Samsudin Pangku Tugas CEO

2

Semasa 2 tahun yang lalu

CEO KFA Dilepaskan Dengan Jaminan SPRM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kontrak CEO FINAS Tamat Hari Ini, ‘Ia Sebagai Langkah Penstrukturan Semula…’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

CEO, MD Wanita Di Malaysia Capai 38 Peratus, Tertinggi Pernah Direkodkan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad